#KLBEIJINGOVERLAND | VIETNAM | TIPS MELANCONG KE HANOI
1. PENGINAPAN
Antara tempat yang sering menjadi tumpuan para pelancong dan backpacker untuk menginap ialah di OLD QUARTER. Di sini terdapat pelbagai pilihan dorm dan hotel serta berhampiran dengan pelbagai lokasi menarik untuk dilawati
2. MAKANAN
Jika korg mencari syurga makanan halal, HANOI bukanlah tempat yang terbaik. Majoriti masyarakat HANOI ini beragama Buddha. Tetapi, masih terdapat restauran yang menyediakan makanan halal, just korg kena jalan sikit untuk ke restauran-restauran ini
Salah satu cara untuk mencari HALAL FOOD IN HANOI ialah korg boleh pergi ke MASJID AL-NOOR, HANOI dan disebelah masjid itu terdapat sebuah restauran yang menyediakan makanan halal. Selain itu, terdapat banyak lagi restauran yang halal, korg just google and waze!
3. SUHU & PAKAIAN
Kota HANOI beriklim lembap sub tropikal di mana HANOI mengalami musim panas yang sangat panas dan kering, manakala musim dingin yang sangat sejuk dan dingin. Kota ini mengalami cuaca panas pada bulan MEI hingga SEP, manakala pada bulan DEC - FEB suhu disini boleh mencecah 10 hingga 20 darjah celcius. Jangan lupa untuk menyediakan pakaian yang bersesuaian mengikut cuaca di sana
APAKAH TEMPAT YANG MENARIK DI HANOI?
OLD QUARTER
HOAN KIEM LAKE ini pula terletak tidak jauh dari kawasan OLD QUARTER. Tasik ini cukup terkenal dengan Lagenda LAKE OF THE RETURNED SWORD di kalangan masyarakat VIETNAM. Lagenda ini mengenai MAHARAJA LE THAI TO dan pedanganya yang dirampas oleh seekor kura-kura besar yang dikenali sebagai GOLDEN TURTLE. MAHARAJA LE LAO percaya bahawa tuhan mereka menghantar kura-kura tersebut untuk mengambil kembali pedangnya setelah mereka menang dalam peperangan menentang CHINA. Setelah beberapa dinasti, HOAN KIEM LAKE ini di anggap sebagai salah satu tempat yang mulia oleh masyarakat VIETNAM. Menara kura-kura yang terletak di tengah-tengah tasik ini dikatakan mempunyai kaitan dengan lagenda MAHARAJA LE THAI LOI ini
TUGU MONUMEN LY THAI TO
TUGU MONUMEN LY THAI TO yang menjadi mercu tanda kota VIETNAM ini terletak bertentangan dengan HOAN KIEM LAKE. Tugu ini dibina sempena memperingati MAHARAJA LY THAI TO yang merupakan antara maharaja yang terhebat dalam sejarah HANOI
TEMPLE OF LITERATURE
TEMPLE OF LITERATURE ini juga terletak tidak jauh dari HOAN KIEM LAKE iaitu kira-kira 2 kilometer menghala ke arah barat HOAN KIEM LAKE. TEMPLE OF LITERATURE atau VAN MIEU ini merupakan universiti pertama di VIETNAM. Temple ini mendapat banyak pengaruh kebudayaan CHINA seperti penggunaan HURUF HAN diperbagai tempat. Jika korg ingin ke sini, temple ini dibuka pada setiap hari dari pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Harga tiketpula ialah 20000 DONG
Selain itu, TEMPLE OF LITERATURE ini juga merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan para pelajar untuk memohon doa supaya lulus dan cemerlang dalam peperiksaan. Bahkan, tempat ini juga dipenuhi dengan ibu bapa yang memohon doa untuk anak-anak mereka
OLD QUARTER
OLD QUARTER merupakan salah satu kawasan yang menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia. OLD QUARTER juga dikenali sebagai LORONG 36 kerana terdapat 36 buah lorong di sini yang dinamakan dalam bahasa VIETNAM mengikut barangan jualan di lorong tersebut
Selain itu, HANOI juga terkenal dengan nila sejarahnya yang tersendiri. Bangunan-bangunan bersejarah juga masih tersegam kukuh di OLD QUATER ini. Korg boleh berjalan kaki sahaja jika ingin melihat tinggalan sejarah kerana terletak di sekitar lorong-lorong ini sahaja. Jika korg ke sini waktu musim sejuk, berjalan kaki boleh juga boleh membantu korg memanaskan badan
HOAN KIEM LAKE
Selain itu, penduduk tempatan juga sentiasa mengunjungi taman ini untuk beriadah dan ada juga yang mempraktikkan tai chi sambil menghirup udara segar di sini
TUGU MONUMEN LY THAI TO
TUGU MONUMEN LY THAI TO yang menjadi mercu tanda kota VIETNAM ini terletak bertentangan dengan HOAN KIEM LAKE. Tugu ini dibina sempena memperingati MAHARAJA LY THAI TO yang merupakan antara maharaja yang terhebat dalam sejarah HANOI
TEMPLE OF LITERATURE
TEMPLE OF LITERATURE ini juga terletak tidak jauh dari HOAN KIEM LAKE iaitu kira-kira 2 kilometer menghala ke arah barat HOAN KIEM LAKE. TEMPLE OF LITERATURE atau VAN MIEU ini merupakan universiti pertama di VIETNAM. Temple ini mendapat banyak pengaruh kebudayaan CHINA seperti penggunaan HURUF HAN diperbagai tempat. Jika korg ingin ke sini, temple ini dibuka pada setiap hari dari pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Harga tiketpula ialah 20000 DONG
Selain itu, TEMPLE OF LITERATURE ini juga merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan para pelajar untuk memohon doa supaya lulus dan cemerlang dalam peperiksaan. Bahkan, tempat ini juga dipenuhi dengan ibu bapa yang memohon doa untuk anak-anak mereka
Jambatan merah yang terdapat di TEMPLE OF LITERATURE ini juga sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong untuk bergambar
Comments
Post a Comment