Search This Blog

8/20/2019

#uhEXPLORESABAH | SEMPORNA | BUKIT POKAS


BUKIT POKAS yang terletak di PAKALANGAN ini sebenarnya bukan bukit yang asing lagi di daerah SEMPORNA. Bahkan, ktorg sebenarnya selalu melalui kawasan ini jika ke JETI PAKALANGAN

Ktorg bertolak ke BUKIT POKAS selepas solat asar memandangkan jarak PEKAN SEMPORNA ke BUKIT POKAS ini hanyalah 15 minit dengan menaiki kereta. Jika korg tidak pernah ke sini, korg boleh menggunakan jalan menghala BUKIT TLDM kerana pemandangan laut dari BUKIT TLDM ini sangat cantik 

Jika korg bercadang untuk naik ke sini, laluan masuk ke kaki bukit ini terletak tidak jauh dari simpang ke JETI PAKALANGAN, manakala kereta pula ktorg hanya parking di tepi jalan sahaja 


Ktorg memulakan pendakian naik ke puncak BUKIT POKAS ini melalui kebun kelapa sawit sebelum masuk ke kawasan yang berlalang. BUKIT POKAS ini tidak tinggi tetapi agak tegak dan cukup untuk menguji kekuatan kaki 


Aku ingatkan BUKIT PANCHANG yang didaki hujung minggu lepas menjadi hiking terakhir sebelum 'gantung kasut' untuk persediaan UPSR, tetapi BUKIT POKAS ini perlu ditawan terlebih dahulu nampaknya



Setelah 10 minit mendaki, ktorg sampai di puncak BUKIT POKAS


Bukit ini masih tidak ramai pengunjung memandangkan terletak sedikit jauh dari pekan SEMPORNA, bahkan penduduk tempatan juga ramai tidak mengetahui kewujudan bukit ini dengan pemandangan yang mempersonakan



Kalau ada nak ke sini, aku cadangkan korg naik waktu petang selepas asar sebab lighting di puncak lebih cantik pada waktu petang berbanding kalau korg naik awal pagi



8/17/2019

#uhEXPLORESABAH | TAWAU | LION HILL


Ktorg bergerak dari SEMPORNA lebih kurang jam 4 pagi menuju ke TAWAU memandangkan jarak perjalanan ke LION HILL mengambil masa lebih kurang 2 jam.

LION HILL ini terletak di daerah MEROTAI menghala ke KALABAKAN. Kalau diikutkan kedudukan bukit ini agak jauh dari SEMPORNA memandangkan hanya 50KM sahaja lagi, korg sudah boleh ke KALABAKAN dan menghala ke KENINGAU. Actually, ktorg pernah lalu di sini beberapa kali untuk ke KENINGAU tapi tak pernah perasaan dengan simpang untuk ke LION HILL ini

Setelah meminta kebenaran daripada pihak SOFTWOOD COMPANY, ktorg dibenarkan masuk. Korg hanya perlu maklumkan dengan pengawal keselamat yang bertugas di pondok keselamatan saja. Kalau ktorg berdua saje, rasanya tak berani jugak nak masuk dalam, jadi kalau korg nak ke sini datang bersama pendaki yang pernah ke sini 


Ktorg parking kereta dekat sebuah rumah penduduk kampung. Selepas meminta kebenaran untuk tinggalkan kereta di situ, ktorg naik melalui belakang rumah tersebut



Ktorg mula bergerak masuk ke kawasan kaki bukit



ktorg melalui kawasan ladang kelapa sawit terlebih dahulu sebelum sampai ke kaki bukit


Kalau korg ada sarung tangan, korg boleh pakai sebab banyak jugak duri-duri manja yang tersangkut pada baju. Tapi kalau korg jenis tak kisah, kena duri sikit mana sakit kan



Aku baru perasan aku takda shoot sangat laluan sepanjang pendakian ke puncak, jadi terus kita layan pemandangan puncak okeh



Kita ambik nafas kejap sambil duduk di batu-batu besar di kawasan puncak LION HILL. Kalau tengok dekat atas tu laluan bukit ini berbatu dan tanah tu kekadang licin sikit. Ktorg pakai hiking shoes pun boleh tergelincir jugak bila pijak kawasan tanah berpasir





Kalau korg bercadang untuk mendaki di TAWAU ini, pastikan korg mendaki ke LION HILL kerana pemandangan di sini pasti tidak akan mengecewakan korg