Search This Blog

12/31/2016

#uhEXPLORETRANSJAVA


11 DEC 2016 | ISNIN


 6  pm - Safely landed at Airport
           - Airport transfer DAMRI BUS, TAXI (vendor machine ticket), GRAB
 7  pm - Check in MY STUDIO HOSTEL
                          JL. SUMATERA NO.20, GUBENG, KOTA SBY, 
                          JAWA TIMUR 60281, INDON
                          +62315042111
 8  pm - Makan malam / liburan


12 DEC 2016 | SELASA

  6 am - Bergerak ke BUNGURASIH BUS STATION, SURABAYA
           - Blue Bird Taxi
           - Beli tiket PATAS BAS ke PROBOLINGGO (IDK 25,000 pp) 
           - Bas bergerak setiap 30 minit

  8 am - Bergerak ke PROBOLINGGO / 3 jam

11 am - Tiba di BAYUANGGA BUS STATION, PROBOLINGGO
             Menunggu BISON penuh (10 pax per van, IDK 30,000 per person)

12 pm - Bergerak ke CEMORO LAWANG (BROMO) / 2jam
          - Harga satu BISON  / IDK 30,000 pp

  2 pm - Check in
  5 pm - Sunset view


13 DEC 2016 | RABU

  3 am - Bergerak ke view point sunrise PANANJAKAN 1
  4 am - Tiba di view point PANANJAKAN 1 (enjoying sunrise)
  6 am - Bergerak ke KAWAH BROMO
  7 am - Tiba di kaki gunung bromo (explore, tracking)
  9 am - Menuju ke PASIR BERBISIK, BUKIT TELETUBIS / SAVANA
10 am - Bergerak turun ke CEMORO LAWANG


11 am - Bertolak ke BUS STATION, PROBOLINGGO 
  1 pm - Tiba di BUS STATION, PROBOLINGGO
          - Beli tiket PATAS BAS ke MALANG 
  2 pm - Bertolak ke MALANG
  4 pm - Tiba di BUS STATION MALANG
          - Beli tiket train MALANG YOGJAKARTA

  5 pm - Melawat KOTA MALANG
             ALUN-ALUN TUGU (Malang City Hall Monument , Museum Malang Tempo Doeloe)
             ALUN-ALUN MALANG (Jami Mosque, Malang City Square)
             KAMPUNG WARNA-WARNI (Jambatan Gantung Polehan)

  8 pm - Bertolak dari MALANG KE YOGJAKARTA menaiki train (8 jam)


14 DEC 2016 | KHAMIS

  4 am - Tiba di YOGJAKARTA STASIUN
  5 am - Check in AIRB&B
10 am - 


15 DEC | JUMAAT 










20 DEC

 8 pm - Flying back to KL










































Hye everyone!

Thanks you for scrolling all the photos,

12/23/2016

#uhEXPLORETRANSJAVA | SURABAYA




Ktorg selamat tiba di JUANDA INTERNATIONAL AIRPORT


Ktorg kali ni ambik supir untuk ke BROMO.








Perjalanan pagi ini bermula seawal jam 

12/20/2016

#uhEXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA - KEBUN BUAH MANGUNAN, BANTUL


Pagi ini ktorg ke KEBUN BUAH MANGUNAN yang terletak di daerah BANTUL iaitu kira-kira 35KM dari pusat bandar YOGYAKARTA. Perjalanan ke sini agak jauh sikit kira-kira sejam lebih melalui jalan-jalan kampung dengan menaiki motorsikal. Ktorg hanya menggunakan WAZE, dan alhamdulilah sampai dengan selamat tanpa sesat


KEBUN BUAH MANGUNAN ini juga dikenali sebagai negeri di atas awan kerana pada awal pagi korg boleh nampak gunung-gunung dan pokok-pokok kehijauan yang diselimuti oleh hamparan  awan putih dan cahaya matahari terbit yang berwarna keemasan gu



Ktorg sempat jugak la tengok hamparan awan dekat KEBUN BUAH MANGUNAN ni, suhu dekat sini pun sejuk bila awal pagi. Kalau korg nak tengok sunset pulak, korg boleh ke sini waktu petang tapi ktorg prefer awal pagi sebab kalau dah petang sangat jalan dekat sini gelap macam seram pulak nak keluar dari  daerah BANTUL ni 



Selain itu, korg jugak boleh nampak PANTAI PRANGTRITIS di bahagian selatan dari sini. Tapi ktorg macam takda nampak pape pun mungkin sebab cuaca masih berkabus








#uhEXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA - PANTAI PRANGTRITIS, BANTUL



Next kita ke PANTAI PRANGTRITIS pula

Apa yang menarik perhatian ktorg di PANTAI PRANGTRITIS, BANTUL ini ialah pantainya yang berwarna hitam. Kalau pergi memana pantai selalunya pasir mesti berwarna kuning atau putih kan? Tapi pasir dekat PANTAI PRANGTRITIS ini berwarna hitam okeh, lagi hitam dari apa yang korg nampak dalam gambar ni okeh. Haha, serious I tak tipu 



Ktorg sampai dekat sini dalam pukul 11 pagi, cuaca memang cantik sebab panas terik. So, tak ramai pengunjung sangat waktu ni. Di sepanjang pantai ni pulak, diorg susun payung dan tikar untuk pengunjung-pengunjung. Tapi, korg kena bayar sewa untuk setiap satu ye.

Kalau korg jenis yang suka beraktiviti pulak, korg boleh try ATV RIDE. 



Ktorg sewa je ATV untuk jalan-jalan dekat sepanjang pantai ni sebab panas gila kalau nak berjalan hujung ke hujung, serious tak sanggup. Kalau korg berminat nak sewa ATV dekat sini, harga sewa dalam 50k - 100k rupiah kalau tak silap. Korg boleh pilih sama ada nak sewa ATV manual atau pun ATV auto. I macam biasalah, sewa yang auto je malas nak fikir banyak kan

Tapi actually, motor diorg ni macam lain sikit dengan yang standard di MALAYSIA. Tapi, I belum sempat nak pergi main dekat KEMENSAH tu, haziq pernah la layan ATV dekat sana dan ATV yang ktorg main ni macam beza sikit lah. Tapi tak kisah lah janji ATV jugak kan



Okeh, seronok jugak main kejar-kejar sampai rentung



Dah, jom gerak sebab lepas ni ktorg nak singgah dekat GUMUK PASIR pulak sebab nak main main buaian dekat sana

#uhEXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA - ALUN-ALUN KIDUL

Kalau korg  di JOGJAKARTA pada hujung minggu, jangan lupa untuk ke ALUN-ALUN KIDUL di KRATON iaitu tidak jauh dari TAMAN SARI. Pada malam hari, ALUN-ALUN KIDUL ini sangat meriah dengan odong-odong atau kereta berlampu musikal



Sewa kereta dekat sini pulak bergantung pada jenis dan size kereta, anggaran sewa sekitar 15000 - 30000 RUPIAH untuk 2 kali pusingan kalau tak silap. kawasan ALUN-ALUN KIDUL ni dekat bulatan, jadi korg akan pusing bulatan dengan perlahan-lahan sebab banyak kereta okeh




Jadi, ktorg pun tak melepaskan peluang untuk cuba jugak sebab tak pernah dan macam seronok kannn, haruslah cuba. Tapi, ktorg sewa kereta kecik dan kalau korg rajin korg survey dan nego sewa sebab harga macam berbeza sikit untuk kereta yang sama size



Nak pilih kereta pun dilema, semua cantik sangat!

Kalau korg dah pernah cuba naik kereta  ni, korg boleh jugak ke sini untuk minum sambil melihat gelagat manusia, gerai-gerai minuman di dalam bulatan ini 



#uhEXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA

Jalan Malioboro yang merupakan destinasi beli-belah yang cukup terkenal di Yogjakarta. Bagi pengunjung yang datang ke yogjakarta pasti akan menghabiskan masa membeli-belah di sini kerana harga barangan sangat berpatutuan. Di Jalan Malioboro terdapat sebuah pasar iaitu pasar Beringharjo yang menjual pelbagai jenis barangan daripada makanan sehinggalah bermacam-macam jenis pakaian. Terdapat juga sebuah kompleks membeli-belah iaitu Matahari Mall yang menjual barangan berjenama sama seperti komplek-kompleks di negara lain.


#uhEXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA | CANDI BOROBUDUR

Ktorg keluar agak awal hari ni memandangkan jarak kota YOGJAKARTA ke CANDI BOROBUDUR agak jauh. Perjalanan menaiki motor ke sana terasa nyaman dengan dingin pagi hari. Ktorg plan nak balik awal sebab kalau dah tengah hari naik motor mesti panas


Sebaik tiba di perkarangan CANDI BOROBUDUR, ktorg terus mencari parking motor yang terletak tidak jauh daripada pintu masuk utama. Harga parking pulak ialah __. Kalau diperhatikan, rata-rata semua tempat di JOGJAKARTA ini menyediakan perkhidmatan parking motorsikal berbayar. 


Jika korg merancang untuk menyewa motorsikal sahaja sepanjang berada di YOGJAKARTA, ianya selamat dan sangat mudah. Jadi korg tak perlu ambil pakej atau sewa kereta dan boleh bergerak bebas untuk beraktiviti


Kita tengok peta dulu sebelum masuk ke dalam. Kawasan CANDI BOROBUDUR ini sangat luas ye, jadi kena jalan jauh sikitlah untuk masuk ke dalam 


Ini pulak kawasan perkarangan CANDI BOROBUDUR yang dipenuhi dengan pengunjung yang sedang berkumpul menanti tiket. Kaunter tiket terletak di sebelah kanan bangunan. Harga tiket masuk ke CANDI BOROBUDUR bagi foreigner ialah USD20, kira-kira dalam RM80 seorang


Pengunjung terlalu ramai pada hari ini menyebabkan laluan masuk begitu sesak. Semua berpusu-pusu je masuk, jadi tanpa membuang masa ktorg pun menyelit la jugak sekali. Jadi, dapat melolos masuk dengan baik dengan menggunakan tiket warga tempatan. Hahaha, tak baik betul


Sebelum memulakan penjalana menjejak setiap pelusuk candi ini, ktorg makan dulu di pondok yang disediakan. Pemilik AIRBnB bermurah hati menyediakan sedikit sarapan pagi untuk bekalan ktorg ke sana, beberapa biji telur rebus dan cinnamon roll. 


Kebetulan, waktu ktorg ke sini ramai pelajar sekolah dari indonesia membuat lawatan ke sini. Bahkan, kanak-kanak tadika jugak tidak ketinggalan untuk ikut serta memandangkan musim cuti sekolah