#uhEXPLORETRANSJAVA | JOGJAKARTA | CANDI BOROBUDUR

Ktorg keluar agak awal hari ni memandangkan jarak kota YOGJAKARTA ke CANDI BOROBUDUR agak jauh. Perjalanan menaiki motor ke sana terasa nyaman dengan dingin pagi hari. Ktorg plan nak balik awal sebab kalau dah tengah hari naik motor mesti panas


Sebaik tiba di perkarangan CANDI BOROBUDUR, ktorg terus mencari parking motor yang terletak tidak jauh daripada pintu masuk utama. Harga parking pulak ialah __. Kalau diperhatikan, rata-rata semua tempat di JOGJAKARTA ini menyediakan perkhidmatan parking motorsikal berbayar. 


Jika korg merancang untuk menyewa motorsikal sahaja sepanjang berada di YOGJAKARTA, ianya selamat dan sangat mudah. Jadi korg tak perlu ambil pakej atau sewa kereta dan boleh bergerak bebas untuk beraktiviti


Kita tengok peta dulu sebelum masuk ke dalam. Kawasan CANDI BOROBUDUR ini sangat luas ye, jadi kena jalan jauh sikitlah untuk masuk ke dalam 


Ini pulak kawasan perkarangan CANDI BOROBUDUR yang dipenuhi dengan pengunjung yang sedang berkumpul menanti tiket. Kaunter tiket terletak di sebelah kanan bangunan. Harga tiket masuk ke CANDI BOROBUDUR bagi foreigner ialah USD20, kira-kira dalam RM80 seorang


Pengunjung terlalu ramai pada hari ini menyebabkan laluan masuk begitu sesak. Semua berpusu-pusu je masuk, jadi tanpa membuang masa ktorg pun menyelit la jugak sekali. Jadi, dapat melolos masuk dengan baik dengan menggunakan tiket warga tempatan. Hahaha, tak baik betul


Sebelum memulakan penjalana menjejak setiap pelusuk candi ini, ktorg makan dulu di pondok yang disediakan. Pemilik AIRBnB bermurah hati menyediakan sedikit sarapan pagi untuk bekalan ktorg ke sana, beberapa biji telur rebus dan cinnamon roll. 


Kebetulan, waktu ktorg ke sini ramai pelajar sekolah dari indonesia membuat lawatan ke sini. Bahkan, kanak-kanak tadika jugak tidak ketinggalan untuk ikut serta memandangkan musim cuti sekolah









Comments

Popular Posts