BACKPACKING CAMBODIA, THAILAND ke MALAYSIA melalui jalan darat

CAMBODIA - PHNOM PENH

HARI PERTAMA

Kapal terbang MALINDO selamat mendarat di LTA PHNOM PENH pada pukul 1030 pagi setelah 2 jam penerbangan dari KUALA LUMPUR


pemandangan muka bumi PHNOM PENH dari kapal terbang

Selesai mengisi borang visa on arrival, kami terus ke Kaunter Immigration untuk cop masuk ke PHNOM PENH. Kemudian, barulah ke bahagian bagasi untuk mengambil backpack sebelum bergerak keluar dari terminal lapangan terbang. Semasa di ruang lobi, ktorg nampak banyak kaunter 'free simcard' tapi ktorg tak ambik dan menyesal. Korg boleh ambik simcard secara percuma dan hanya perlu beli data sahaja


Ktorg memilih untuk menaiki bas sahaja untuk ke pusat bandar, harga tambang bas pula hanya 1500 RIEL. Kalau nak naik bas ni, korg kena tunggu di perhentian bas yang terletak di sebelah kiri pintu masuk utama lapangan terbang. Ktorg naik bas NO 3, dan turun di CENTRAL MARKET 


CENTRAL MARKET berdiri megah di belakang


CENTRAL MARKET atau juga dikenali sebagai PSAR THMER ialah sebuah pasar yang bebentuk kubah besar dan mempunyai 4 bahagian. Pelbagai barangan tempatan banyak dijual disini, kalau bercadang untuk membeli cenderahati dari Kemboja buat keluarga dan kawan-kawan, boleh beli di pasar ini dengan harga yang berpatutan



kami bergambar kenangan di hadapan bangunan CENTRAL MARKET


Kemudian, bergerak menuju ke hostel yang terletak tidak jauh dari CENTRAL MARKET. 


Sepanjang perjalanan, kami memerhati kehidupan rakyat kemboja 





Selesai check-in, kami solat dan makan beriani brahim yang sudah dibawa dari Malaysia.  Kemudian, terus berjalan-jalan di kawasana sekitar. Antara tempat yang ktorg singgah 


NATIONAL MUSEUM OF CAMBODIA


Muzium ini berdekatan dengan hostel, tapi kami tak masuk sebab dah petang kalau masuk muzium mesti lama sebab nak tengok dan baca banyak benda, jadi kami hanya bergambar di perkarangan muzium saje. Kalau korg berminat, tiket masuk ke muzium ini berharga $5

Seterusnya, ktorg berjalan menuju ke ROYAL PALACE pulak



Seterusnya, kami ke SISOWATH QUAY yang terletak di persimpangan SUNGAI MEKONG dan TONLE SAP


SISOWATH QUAY

Selepas penat berjalan kaki, kami singgah di COFFEE TODAY. Kalau ke  sini, jangan lupa untuk mencuba ais coklat sebab kami semua ketagih sepanjang di Cambodia

Ktorg makan malam di WARUNG BALI, hanya beberapa kedai dari COFFEE TODAY tadi. Kalau ke sini pula jangan lupa untuk mencuba AMOK FISH dan TOMYAM diorg, rasa AMOK di sini lebih sedap berbanding di tempat lain




HARI KEDUA 

Selamat pagi dari Cambodia!

Kami mulakan pagi dengan berjalan di sekitar kawasan hostel, kami ke kafe yang terletak di bahagia atas yang menjadi tempat lepak dan minum muda-mudi


Selesai bergambar, kami bergerak keluar untuk menjelajah ke beberapa tempat menarik di sekitar bandar Phnom Penh


Kami bercadang untuk ke TUOL SLENG GENOCIDE MUSEUM yang terletak di pinggir bandar Phnom Penh. Kami menaiki GRAB REMOUQE yang mengambil masa 20 minit perjalanan. Harga tambang pula ialah REIL 16700 dan kami berempat hanya berkongsi satu kereta sahaja











TUOL SLENG GENOCIDE MUSEUM ini sebenarnya merupakan sebuah sekolah yang telah dijadikan tempat penyiksaan para tahanan sebelum dibawa dan dibunuh di CHOEUNH EK


Bangunan sekolah yang telah ditukar menjadi penjara untuk menyeksa tahanan




Tiket masuk ke sini berharga $5 seorang, manakala harga untuk sewa audio pula $3 seunit





Dianggarkan seramai 12000 orang telah didera dan dibunuh



Bangunan A yang terbahagi kepada 20 penjara daripada kelas-kelas yang diubah suai 


















Seterusnya, ktorg berjalan kaki ke MASJID AL JAMEE AL ISLAM sambil nak tengok kalau ada kedai-kedai makanan halal. Antara tips untuk mencari makananan halal di negara yang majoriti bukan islam ialah singgah ke masjid-masjid


Nampaknya rezeki berpihak kepada kami kerana terdapat sebuah gerai makanan halal di hadapan masjid ini. Makanan di sini sangat laris, jadi kalau nak makan kena patikan datang ke sini sebelum masuk waktu zohor kerana sebaik sahaja selesai solat zohor, para jemaah memenuhi gerai untuk makan tengah hari



Kami hanya makan nasi berlaukkan ayam goreng, menu lain semua dah habis

Selesai makan, kami sambung berjalan kaki menuju ke TOUL TOM POUNG MARKET tau juga dikenali sebagai RUSSIA MARKET yang terletak tidak jauh dari situ. Sepanjang perjalanan, ktorg nampak banyak gudang-gudang bundle, kasut dan baju berlonggokan untuk dibersihkan




















Kami bergambar bersama GRAB RIMOQUE yang boleh memuatkan empat orang penupang 

Sebelum balik ke hostel, kami singgah di COFFEE TODAY CAFE terlebih dulu, cafe ini terletak di hadapan hostel jadi boleh dikatakan setiap hari kami lepak dan minum dulu dekat sini. Korg wajib cuba air coklat di sini, sedap








Malam ini, ktorg bertolak dari PHNOM PENH ke SIEM REAP dengan menaiki sleeper bas.






CAMBODIA - SIEM REAP

HARI KETIGA

Alhamdulillah, kami selamat tiba di SIEM REAP

Bas berhenti di sebuah perhentian yang agak terpencil dan gelap, pemandu tuktuk pula sudah bersedia mencari pelancong untuk menawarkan perkhidmatan masing-masing. Kami anya ambik tuktuk menggunakan aplikasi GRAB supaya lebih selamat










Pemandu tuktuk masih cuba memujuk ktorg untuk mengambil pakej ANGKOR WAT beberapa kali


Ktorg terus menuju ke MASJID untuk solat subuh dan meninjau kawasan sekitar untuk mencari makanan halal





Ktorg makan digerai bersebelahan masjid, selain masakan panas gerai-gerai pelbagai kuih-muih juga turut terdapat di sini



Ktorg beli kuih, harga bagi 4 kuih bersamaan $1 iaitu 4 kuih untuk RM4 ringgit


Ktorg bergerak ke WARM BED HOSTEL terlebih dahulu mandi, dan gerak ke ANGKOR WAT dalam pukul 8 pagi nanti 




Ktorg sewa basikal dekat sebuah kedai tidak jauh dari WARM BED HOSTEL, ktorg ambik basikal antik jepun berharga 2 USD. Ini kira basikal paling murah dan kena kayuh lebih sikit sebab takda gear

Jadi, berpandukan google maps ktorg kayuh menuju ke ANGKOR WAT walaupun masing-masing tak pasti lagi nak masuk ke tak sebab harga tiket agak mahal iaitu $37 (RM155). Ktorg kena tahan dekat check point, dan pegawai tu mintak ktorg tunjukkan tiket. Ktorg ingatkan kaunter tiket tu dekat pintu nak masuk ke ANGKOR WAT rupanya jauh lagi nak masuk dalam diorg dah mintak tunjukkan tiket. Jadi sekarang, ktorg kena patah balik ke ANGKOR WATT PASS COUNTER pergi balik dalam 10KM. Pengawal tu siap suruh ktorg naik tuk-tuk alasannya jauh



Selesai membeli tiket, ktorg berpatah balik ke ANGKOR WAT. Kalau korg takda cash, korg boleh bayar guna kredit kad tapi kalau ada BIGPAY pun bagus sebab ktorg bayar guna BIGPAY je dan kadar exchange rate dia lagi murah dari tukar duit dekat money changer


  
Ini baru nak masuk ke kawasan ANGKOR WAT, berdekatan dengan pintu utama



kayuhan menuju ANGKOR WAT COMPLEX

Jadi, mari kita masuk dan tengok macam mana keadaan ANGKOR WAT secara realiti sebab sebelum ni selalu baca dan tengok gambar dalam buku sejarah je kan. Kalau korg nak tau, waktu sekolah dulu aku memang minat subjek sejarah, setiap fakta boleh hafal. Bila dah besar, suka melawat ke tempat bersejarah pulak ya


Okeh kita dah nampak kompleks ANGKOR WAT dari jauh

Keluasan ANGKOR WAT ini lebih kurang 100 hektar, tak heran lah kalau tiket masuk ke sini dijual untuk 1 hari, 3 hari dan juga 7 hari. kalau korg nak pusing semua ambik la 7 DAYS PASS. Ktorg tak pusing semua, hanya ke beberapa tempat yang wajib sahaja. Jadi jangan terkejut apabila dikatakan terdapat ratusan kuil di taman ini


Jambatan sementara untuk ke kawasan ANGKOR WAT


ANGKOR WAT merupakan kompleks kuil terbesar dan paling popular




ukiran-ukiran seni di dinding


Apa yang menarik, bangunan ANGKOR WAT ini dibina dengan begitu teliti mengambil kira kedudukan dan 

Selain ANGKOR WAT, ktorg jugak ke beberapa kompleks lain yang terletak beberapa kilometer antara satu sama lain. Ktorg singgah sekejap untuk bergambar kemudian terus kayuh ke destinasi lain pula. Antra lokasi yang wajib korg singgah jugak ialah 



ANGKOR THOM

Bila sebut ANGKOR THOM, apa yang terlintas di fikiran ialah lokasi di mana penggambaran TOMB RIDER difilemkan. 


Tapi, sebelum nak masuk ke ANGKOR THOM, kita akan melalui sebuah pintu besar terlebih dahulu dan berjalan kaki sejauh 500 meter. Jalan masuk tidak berturap dan berdebu







PHNOM BAKHENG
BAYON
BAPHUON
PHIMEANAKALAS


TERRACE OF ELEPHANTS

ktorg berhenti tepi jalan tengok-tengok tapi tak turun sebab nak kejar masa untuk ke beberapa wat lain lagi. Kalau tak silap dekat sini dulu menjadi tempat untuk raja melihat pertarungan gajah




Kami menghabiskan shari di kawasan Angkor Wat ini, jika ke sini memang perlu memperunmukkan satu hari untuk kawasan Angkor Wat Sahara memandangkan keluasan dan harga tiket yang telah dibayar. Kami bergerak pulang agak lewat petang, sunset disini subhanallah sangat cantik dan menakjubkan ya. Jangan lupa untuk memasukkan sunset hunting dalam itinerary anda


HARI KEEMPAT

Pagi ini ktorg bersarapan di gerai bersebelah masjid juga, 


Hari ini ktorg akan bergerak merentasi sempadan CAMBODIA dan THAILAND melalui sempadan POIPET (CAMBODIA) dan ARAN (THAILAND). Kami beli tiket bas di kedai yang sama kami sewa basikal semalam. Harga tiket pula $6, perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 3 jam

Ktorg hanya tunggu di WARM BED HOSTEL kerana pihak bas ada menyediakan shuttle bus untuk mengambil penumpang di setiap hotel. Kemudian, ktorg dihantar ke sebuah terminal bas tempatan, tapi terminal ini berlainan dengan terminal giant ibis sewaktu ktorg turun ke sini sebelumnya


Sepanjang perjalanan, ktorg hanya menikmati pemandangan SIEM REAP dari tingkap bas dan tidur. Bas berhenti disebuah kedai, kalau nak turun untuk ke tandas  ke tandas dan makan tapi macam takda makanan halal

Ktorg selamat sampai di POIPET pukul 1130 pagi, turun daripada bas dan terus beratur di kaunter immigration. 


Ekspresi selepas kena 'pau'







dan HELLO BANGKOK

THAILAND - BANGKOK


HARI KELIMA




Hello BANGKOK!

Ktorg bersiap awal hari ni dan terus gerak ke HUA LAMPHONG STATION



Ktorg menginap di VILLA SIAM & SPA selama di BANGKOK, kedudukan agak jauh dari MRT  tapi ktorg tak kisah sangat sebab jauh pun ktorg tetap jalan kaki. Tapi, aku lagi galakkan korg tinggal berdekatan dengan HUA LAMPONG kalau korg banyak nak gerak keluar BANGKOK contohnya nak ke LOPBHURI 


ktorg tinggal dekat kawasan local, view dari tingkat tiga 






BANGKOK - LOPBURI - BANGKOK

Ktorg nak ke LOPBURI dan tiket keretapi api hendaklah dibeli sebelum pukul 7 pagi sebab ktorg nak kejar keretapi pertama. Tiket kereta api boleh dibeli di mana-mana kaunter, dan hanya boleh dibeli pada hari yang sama. Ini bermaksud, korg tak boleh beli tiket sehari sebelum atau dua tiga hari lebih awal. Kami hanya beli tiket kelas ketiga, maksudnya tiket ni takda nombor tapi korg masih boleh duduk di mana-mana kerusi selagi belum ada penumpang yang naik

Selesai membeli tiket, ktorg ke 7E yang terletak di luar bangunan sebagai bekal sarapan pagi pada hari ini. Kereta api ktorg sepatutnya bergerak pukul 7 tapi terlewat sedikit dalam pukul 7.15 baru mula bergerak. Tapi kalau naik kereta api di THAILAND ini pastikan korg jangan terlambat, selalunya kereta api bergerak tepat pada masa

Sepanjang tiga jam perjalanan, beberapa kali jugak kami berpindah ke tempat duduk yang kosong. Setiap kali kereta api berhenti dan ada penumpang yang menunjukkan tempat tiket tempat duduk mereka kepada kami, kami akan pindah ke tempat yang kosong. Jangan risau, biasanya memang ada kerusi kosong di mana-mana



Harga tiket keretapi dari HUA LAMPHONG ke LOPBURI bagi kelas ketiga ini ialah 50 Baht 

Sebaik sampai di station LOPBURI, ktorg sewa kereta untuk ke ladang bunga matahari dan  juga ladang bunga carnola.  Ktorg dapat 150 Baht untuk seorang


Kemudian, kami dibawa ke ladang bunga canola pula yang terletak tidak jauh dari situ.  Bunga canola yang mekar kekuningan memenuhi kawasan ini menjadikannya kelihatan sangat cantik


Bayaran masuk ladang carnola ialah 20 baht



bunga carnola 

Selesai bergambar, ktorg terus bergerak balik ke station kereta api. Kemudian, ktorg terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket balik ke BANGKOK, kalau tak sempat boleh ambik kereta api tengah hari boleh ambik kereta api petang. Harga tiket Rapid Train ini 50 baht. Perjalan balik ke Bangkok ini mengambil masa 2 jam


kereta api agak lengang, banyak kerusi yang kosong














Sebaik tiba, ktorg solat di station kereta api terlebih dahulu. Surau terletak di tengah-tengah 




HUA HIN



stesyen kereta api HUA HIN

Alhamdulillah, ktorg dah sampai HUA HIN setelah 2 jam perjalanan dari BANGKOK. Kemudian, terus berjalan kaki ke SUKKASIM VILLA yang terletak di bandar HUA HIN. Tapi sebelum itu ktorg singgah membeli ais-krim kelapa dulu, harga lebih murah dan banyak

Jadi, petang ini kami berjalan-jalan disekitar pekan HUA HIN sahaja sambil mencari gerai-gerai makanan halal untuk makan malam. 


lorong di bandar HUA HIN berdekatan SUKKASIM VILLA


HUA HIN yang terkenal dengan bandar pesisir pantai







Ktorg hanya pusing-pusing di sekitar bandar HUA HIN, takda melawat ke semua tempat yang viral sebab semua tempat tu sebenarnya jauh dari bandar, kalau nak ke sana korg kena sewa motor atau kereta. Selain itu, tiket masuk ke setiap tempat jugak tidak berbaloi untuk ktorg yang agak mengejar masa tapi kalau korg memang hanya melancong ke HUA HIN mungkin korg boleh ke semua tempat dan jangan lupa masukkan dalam bajet siap-siap







HARI KELAPAN


Ktorg singgah di kawasan jeti sekejap sebelum meninggalkan bandar HUA HIN





kawasan perikanan 

Selesai melihat kawasan sekitar ini, ktorg terus bergerak ke HUA HIN STATION meskipun kereta api ke PADANG BESAR akan bertolak pada waktu malam























HUA HIN RAILWAY STATION sementara menunggu kereta api ke bertolak ke HATYAI








pemandangan sepanjang perjalanan menghala ke PADANG BESAR




Ktorg dalam perjalanan balik ke KL CENTRAL, insyallah kita jumpa lagi dalam trip seterusnya okeh




Comments

Popular Posts