Search This Blog

12/03/2019

#TRIPTIGAKELAMIN | SINGAPORE















Ktorg gerak dari rumah pukul 7.30, berjalan kaki ke PLAZA LARKIN memandangkan rumah Akmal dan Fatin berhampiran dengan plaza. Kemudian singgah di SELERA JOHOR terlebih dahulu untuk sarapan pagi. Jadi, pagi ni ktorg makan kacang pool haji, harga sarapan hari ni RM6 satu set, sedap boleh makan lagi ni esok











Selesai sarapan, ktorg terus bergerak ke PlAZA LARKIN untuk naik bas ke SINGAPORE. Tapi sebelum tu ktorg tukar duit SGD terlebih dahulu di kaunter pengurup wang. Harga pertukaran agak tinggi di sini RM310 untuk 100SGD. Tapi sebab dah takda pilihan ktorg tukar di sini jugak memandangkan tak terlalu banyak. Aku cadangkan korg tukar diluar PLAZA SENTRAL atau di luar JOHOR sebab waktu tanya dekat KLANG ktorg dapat RM303.50 jauh lebih murah.


Kemudian, ktorg terus masuk ke ruang menunggu bagi pelepasan ke SINGAPORE. Bas belum ada, jadi ktorg duduk dibahagian dalam sambil sekali sekala menjenguk keluar

Ktorg sepatutnya ambil bas CAUSEWAY 2 terus menuju ke QUEEN STREET berharga RM3.50 Tapi , ktorg tercakap nak ke WOODLAND sebab kelam kabut naik bas gara-gara tak perasan bas dah nak bergerak keluar dari terminal. Jadi, tambang bas ktorg jadi hanya bayar Rm1.90 








Apabila selesai semua urusan di WOODLAND, tiket bas tadi tak boleh digunakan untuk ke QUEEN STREET, ktorg kena bayar tiket baru 3.5 SGD untuk ke QUEEN STREET. Jadi, apa yang ktorg buat ialah ktorg guna tiket tadi untuk naik bas CAUSEWAY 1 menghala ke KRANJI dengan tiket yang sama, masih percuma. Kemudian, beli tiket EZY LINK berharga 12 SGD dan naik MRT menuju ke JURONG EAST, kemudian tukar ke laluan PASIR RIS untuk turun di BUGIS STREET. 



Kalau korg nak beli tiket tu pastikan bagitau destinasi ke QUEEN STREET, kalau korg beli tiket ke WOODLAND sahaja, korg kena beli tiket baru ke QUEEN STREET berharga 3.5 SGD. 
Kemudian, Bas bergerak menuju ke   . Ktorg berbaris di auto sahaja jadi cepat untuk berurusan. Kemudian, ktorg turun ke bawah untuk naik balik bas CAUSEWAY tadi. Kalau korg tak jumpa bas tadi korg naik je mana mana bas kerana semua bas menghala ke WOODLAND. 



Selepasa beratur selama   Sejam setengah di WOODLAND CIQ baru ktorg lepas custom examination. Selesai terus bergerak turun ke bawah untuk ke KRANJI menaiki bas CW1


Ktorg beli EZY LINK berharga 12SGD di kaunter terlebih dahulu sebelum bergerak menaiki MRT ke BUGIS

Antara tempat yang ktorg jalan disekitar kawasan BUGIS



Kemudian ktorg bergerak ke lorong-lorong sekitar ARAB STREET dan HAJI LANE




Cafe dekat lorong sini boleh tahan hipstur, grafiti pun banyak di dinding sepanjang lorong-lorong 

Aku ada perasan kedai makan dekat bangunan belakang ni ramai betul orang beratur untuk makan tengah hari

Masih dekat kawasan ARAB STREET, sementara menunggu Ayra ktorg bergambar di kawasan sekitar sekejap. Sekitar ARAB STREET ni mmg banyak kawasan yang instagramable 

Kemudian, ktorg singgah di RESTORAN ZAMZAM untuk makan tengah hari. Restoran dua tingkat ini kelihatan sentiasa penuh, ktorg pilih untuk makan dibahagian atas 


Beriyani dan kari kambing


Murtabak sini memang besar, harga dalam $6 tapi boleh makan ramai-ramai. Kalau dah ke negera orang, ktorg memang suka cuba makan tempatan


Singgah di MASJID SULTAN untuk solat zuhur sebelum meneruskan perjalanan ke HAJI LANE. Ktorg pusing ke semua tempat-tempat ini dengan hanya berjalan kaki


HAJI LANE



Kemudian, ktorg singgah di HAJI LANE untuk melihat grafiti yang dihasilkan dan bergambar 




Destinasi seterusnya ialah ke SUNTEX, ktorg hanya masuk sekejap tapi sempat aku singgah di SEPHORA. Kalau nak banding harga memang jauh lebih murah untuk SINGAPOREAN tapi mahal untuk MALAYSIAN





Kemudian, berjalan kaki ke MARINA BAY pula. Suasa petang di MARINA BAY agak meriah dengan pelancong dan penduduk tempatan. 


Ktorg duduk ditepi untuk berehat seketika dan menikmati pemandangan


Ktorg bergerak balik ke QUEEN STREET dengan menaiki MRT Raffle ke MRT Bugis kemudian berjalan kaki ke QUEEN STREET