Search This Blog

11/30/2016

#uhEXPLORETHAILAND | BANGKOK - AYUTTHAYA



Ktorg bergerak ke AYUTTHAYA dengan menaiki train dari station HUA LAMPHONG STATION dan tiket ke AYUTTHAYA ini pula berharga 15 BAHT. Korg boleh dibeli tiket di kaunter tiket tempatan sebelum menaiki train. Perjalanan ke AYUTTHAYA ini menggunakan laluan yang sama untuk ke LOPBURI kerana train ini melalui AYUTTHAYA STATION terlebih dahulu sebelum menuju ke LOPBURI STATION. Kalau korg nak ke AYUTTHAYA, korg boleh ambil first train pada pukul 7 pagi kerana perjalanan ke AYUTTHAYA ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dari kota BANGKOK


Sebaik tiba di AYUTTHAYA STATION, ktorg terus menyeberang untuk menuju ke jeti yang terletak di hujung jalan. Sepanjang jalan menuju ke jeti ini juga terdapat banyak kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan menyewa basikal dan motorsikal. 


Manakala, harga tambang bot pula ialah 5 BAHT seorang, kalau korg nak bawak basikal naik bot sekali untuk ke seberang, korg kena bayar 5 BAHT untuk sebuah basikal


Ktorg sewa motorsikal dekat seberang, berdekatan dengan jeti yang ktorg turun tu. Harga sewa bagi sebuah motorsikal ialah 50 BAHT manakala sewa basikal pula ialah 10 BAHT sehari. Kalau korg nak sewa motorsikal atau basikal dekat sini, korg hanya perlu tinggalkan passport sahaja. Selain itu, kalau korg nak sewa tut-tut pulak dalam 150 BAHT selama 4 jam dan pastikan korg cari yang boleh communicate supaya senang nak suruh pergi sana sini


Then ktorg terus gerak pusing kawasan AYUTTHAYA


Kawasan AYUTTHAYA ini sebenarnya agak besar dan terdapat banyak WAT yang korg boleh singgah. Setiap WAT juga dikenakan bayaran masuk yang berbeza dan ada jugak yang percuma. Ktorg dapat masuk semua WAT ini secara percuma sahaja sebab waktu ktorg ke sini semua WAT tidak dikenakan sebarang bayaran semperna kemangkatan RAJA BHUMIBOL. Sepanjang perjalanan ktorg nampak banyak runtuhan WAT yang masih berdiri teguh dan menjadi bukti kesan sejarah AYUTTHAYA yang pernah menjadi pusat kerajaan THAILAND pada suatu masa dahulu, namun apabila pasukan BURMA menyerang dan menghancurkan kota AYUTTHAYA ini, ibu kota THAILAND dipindahkan ke BANGKOK


TIPS WAT: 

1- WAT MAHATHAT 
WAT ini terkenal kerana terdapat kepala patung buddha yang terlilit di celah pohon kayu

2 - WAT LOKAYA SUTHA
WAT ini terkenal dengan sebuah patung buddha yang terbaring sambil tangan menompang kepala


WAT MAHATHAT

Ktorg berpusing-pusing di sekitar AYUTTHAYA ini mencari WAT MAHATHAT yang terkenal dengan kepala patung buddha yang terlilit di celah akar pokok. Kalau korg malas nak singgah semua WAT dekat sini, cukuplah singgah di WAT MAHATHAT sahaja sebab WAT ini antara yang menjadi tumpuan di kalangan pelancong berbanding WAT-WAT yang lain 



Sebaik korg malalui pintu masuk ke WAT MAHATHAT ini, pokok yang mempunyai sejarah tersendiri ini terletak di sebelah kanan. Kawasan pokok ini sentiasa dikerumuni dengan orang ramai 


So, kalau dah sampai di dekat kawasan kepala buddha ni kira korg dah sampai AYUTTHAYA lah kan



Then, ktorg bergerak pula menuju ke WAT LOKAYA SUTHA untuk melihat sebuah patung buddha yang sangat besar sedang berbaring. Actually, terdapat sebuah patung lagi yang berbaring di kota BANGKOK iaitu di dalam WAT PHO, tetapi sebab ktorg malas nak bayar mahal-mahal semata nak tengok patung jadi ktorg tengok dekat sini je untuk tengok saiz dan senibina patung buddha ini

Then, ktorg gerak ke jeti untuk pulangkan motorsikal dan menyeberang ke AYUTTHAYA STATION untuk bergerak balik ke BANGKOK

11/28/2016

#uhEXPLORETHAILAND | MAKANAN HALAL DI BANGKOK

Meskipun majoriti masyarakat thai di sini beragama buddha, BANGKOK masih merupakan antara negara yang senang untuk mendapatkan makanan halal. Jika korg menginap di BANGKOK ini, terdapat beberapa kawasan yang menyediakan pelbagai masakan thai dan juga masakan malaysia yang semestinya halal

Antara kawasan yang terdapat banyak makanan halal di BANGKOK ini ialah 


1- RETCHATHEWI 


Jika korg menginap di RETCHATHEWI, korg boleh dapat banyak makanan halal berdekatan lorong MASJID DARUL AMAN. Gerai-gerai di sini di buka seawal jam 7 pagi hingga 10 malam. Ktorg breakfast dekat kedai berdekatan dengan simpang tiga


Antara menu yang terdapat di sini ialah ROTI BAKAR dan THAI TEA. Ktorg lepas minum THAI TEA dekat sini semua ketagih, then pergi mana je mesti order THAI TEA takpun GREEN TEA



Selain itu, korg jugak boleh beli pelbagai jenis makanan thai dan malaysia dekat sepanjang lorong masjid ini. Kalau waktu malam, lorong ni lagi meriah dengan macam-macam makanan thai korg boleh cuba

Kalau korg nak makan dekat tempat yang proper sikit, dekat shop lot berdekatan lorong ni ada banyak kedai-kedai makan antaranya


Antara kedai muslim yang pertama korg akan jumpa sebaik turun dari MRT dan menghala masuk ke area RETCHATHEWI ini ialah restaurant FARIDA FATONE. Kalau korg tanya harga makanan dekat FARIDA FATONE ni pulak, harga makanan dekat sini lebih kurang harga Malaysia dalam RM7- RM10 bagi satu plate untuk menu bergoreng, manakal tomyam pulak dalam RM10 - RM30 mengikut size hidangan. Tapi ktorg tak prefer sangat makanan dekat sini even FARIDA FATONE macam agak famous dekat banyak blog. Ktorg lagi sanggup makan street food dekat lorong MASJID DARUL AMAN


KHAOSAN ROAD

Kalau korg mencari makanan halal dekat KHAOSAN ROAD pulak, korg boleh cuba AESAH ROTDEE RESTAURANT. Walaupun terletak agak tersorok di dalam bangunan,restaurant ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Kalau dapat makan biryani hari-hari dekat sini memang layan habis 

Jom kita tengok menu-menu dekat sini


Antara signature menu diorg ialah NASI BIRYANI + KARI AYAM atau KARI DAGING. So, kalau korg ke sini memang kena try biryani dia, sebab so sedap. Selain itu, diorg ada jual satay dan sup bebola daging jugak. Then jangan lupa untuk order THAI TEA 



CHATUCHAK WEEKEND MARKET








HUA LAMPHONG TRAIN STATION





7 ELEVEN 

Selain restaurant dan gerai makanan, korg juga boleh mendapatkan makanan halal di 7 ELEVEN. Korg hanya perlu tengok tanda halal pada packaging makanan sahaja. 


Sesetengah makanan yang sama jenis, ada yang berlabel halal dan ada jugak yang tiada logo. Jadi pastikan korg check satu-satu