#uhEXPLORETHAILAND | BANGKOK - AYUTTHAYA



Ktorg bergerak ke AYUTTHAYA dengan menaiki train dari station HUA LAMPHONG STATION dan tiket ke AYUTTHAYA ini pula berharga 15 BAHT. Korg boleh dibeli tiket di kaunter tiket tempatan sebelum menaiki train. Perjalanan ke AYUTTHAYA ini menggunakan laluan yang sama untuk ke LOPBURI kerana train ini melalui AYUTTHAYA STATION terlebih dahulu sebelum menuju ke LOPBURI STATION. Kalau korg nak ke AYUTTHAYA, korg boleh ambil first train pada pukul 7 pagi kerana perjalanan ke AYUTTHAYA ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dari kota BANGKOK


Sebaik tiba di AYUTTHAYA STATION, ktorg terus menyeberang untuk menuju ke jeti yang terletak di hujung jalan. Sepanjang jalan menuju ke jeti ini juga terdapat banyak kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan menyewa basikal dan motorsikal. 


Manakala, harga tambang bot pula ialah 5 BAHT seorang, kalau korg nak bawak basikal naik bot sekali untuk ke seberang, korg kena bayar 5 BAHT untuk sebuah basikal


Ktorg sewa motorsikal dekat seberang, berdekatan dengan jeti yang ktorg turun tu. Harga sewa bagi sebuah motorsikal ialah 50 BAHT manakala sewa basikal pula ialah 10 BAHT sehari. Kalau korg nak sewa motorsikal atau basikal dekat sini, korg hanya perlu tinggalkan passport sahaja. Selain itu, kalau korg nak sewa tut-tut pulak dalam 150 BAHT selama 4 jam dan pastikan korg cari yang boleh communicate supaya senang nak suruh pergi sana sini


Then ktorg terus gerak pusing kawasan AYUTTHAYA


Kawasan AYUTTHAYA ini sebenarnya agak besar dan terdapat banyak WAT yang korg boleh singgah. Setiap WAT juga dikenakan bayaran masuk yang berbeza dan ada jugak yang percuma. Ktorg dapat masuk semua WAT ini secara percuma sahaja sebab waktu ktorg ke sini semua WAT tidak dikenakan sebarang bayaran semperna kemangkatan RAJA BHUMIBOL. Sepanjang perjalanan ktorg nampak banyak runtuhan WAT yang masih berdiri teguh dan menjadi bukti kesan sejarah AYUTTHAYA yang pernah menjadi pusat kerajaan THAILAND pada suatu masa dahulu, namun apabila pasukan BURMA menyerang dan menghancurkan kota AYUTTHAYA ini, ibu kota THAILAND dipindahkan ke BANGKOK


TIPS WAT: 

1- WAT MAHATHAT 
WAT ini terkenal kerana terdapat kepala patung buddha yang terlilit di celah pohon kayu

2 - WAT LOKAYA SUTHA
WAT ini terkenal dengan sebuah patung buddha yang terbaring sambil tangan menompang kepala


WAT MAHATHAT

Ktorg berpusing-pusing di sekitar AYUTTHAYA ini mencari WAT MAHATHAT yang terkenal dengan kepala patung buddha yang terlilit di celah akar pokok. Kalau korg malas nak singgah semua WAT dekat sini, cukuplah singgah di WAT MAHATHAT sahaja sebab WAT ini antara yang menjadi tumpuan di kalangan pelancong berbanding WAT-WAT yang lain 



Sebaik korg malalui pintu masuk ke WAT MAHATHAT ini, pokok yang mempunyai sejarah tersendiri ini terletak di sebelah kanan. Kawasan pokok ini sentiasa dikerumuni dengan orang ramai 


So, kalau dah sampai di dekat kawasan kepala buddha ni kira korg dah sampai AYUTTHAYA lah kan



Then, ktorg bergerak pula menuju ke WAT LOKAYA SUTHA untuk melihat sebuah patung buddha yang sangat besar sedang berbaring. Actually, terdapat sebuah patung lagi yang berbaring di kota BANGKOK iaitu di dalam WAT PHO, tetapi sebab ktorg malas nak bayar mahal-mahal semata nak tengok patung jadi ktorg tengok dekat sini je untuk tengok saiz dan senibina patung buddha ini

Then, ktorg gerak ke jeti untuk pulangkan motorsikal dan menyeberang ke AYUTTHAYA STATION untuk bergerak balik ke BANGKOK

Comments

Popular Posts