Search This Blog

12/31/2015

#KLBEIJINGOVERLAND | SHAH ALAM - HATYAI dengan BAS

Trip #KLBEIJINGOVERLAND ini bermula dari Shah Alam

Ktorg ambik bas je dari SHAH ALAM ke HATYAI memandangkan semua tiket kereta api dari KL SENTRAL ke PADANG BESAR dengan menggunakan KTMB ETS habis dijual. Kemudian, ktorg minta Athira tolong tengokkan tiket kereta api dari PADANG BESAR ke BANGKOK (State Railway of Thailand) dekat kaunter PADANG BESAR pun semua habis dijual


Ktorg tukar plan untuk naik bas, jadi petang tu jugak ktorg ke SHAH ALAM untuk beli tiket. Harga tiket bas SHAH ALAM - HATYAI (RM58.50 - KONSORTIUM BAS EKSPRESS ). Bas dari SHAH ALAM bertolak dalam pukul 10.30 malam dan berhenti di beberapa tempat, tapi ktorg tak bangun pun sebab terlalu penat  dan lagipun ktorg baru selesai majlis resepsi di SIJANGKANG. Bas berhenti di BUKIT KAYU HITAM pukul 5 pagi, memandangkan bas ktorg sampai awal di sempadan, ktorg sempat bersarapan dan solat subuh di RNR BUKIT KAYU HITAM sementara menunggu IMIGRESEN BUKIT KAYU HITAM bukak. Bas bergerak ke terminal imigresen pukul 6.15 pagi, ktorg turun dan beratur di kaunter untuk 'check out' MALAYSIA. Ktorg hanya beratur dan serahkan passport untuk di scan di kaunter, prosedur biasa untuk keluar MALAYSIA. Kemudian, selesai cop ktorg terus bergerak menuju ke bas yang sudah tersedia menanti di seberang sempadan 


IMIGRESEN BUKIT KAYU HITAM

semua sudah selesai, bas terus bergerak menuju ke sempadan MALAYSIA - THAILAND (IMIGRESEN SADAO/DANOK). Jarak kedua-dua imegresen ni tak jauh pun, ktorg kena turun dan beratur lagi sekali tapi kali ni ktorg kena angkut turun sekali semua bag untuk scanning. Selesai, ktorg terus masuk ke dalam bas dan perjalanan ke HATYAI hanya berbaki lebih kurang lagi 1 jam saja lagi



IMIGRESEN SADAO / DANOK



Finally, ktorg smpai di HATYAI  lebih kurang pukul 930 pagi. Kemudian, turun je dari bas ktorg terus berjalan kaki ke HATYAI RAILWAY STATION 1 KM dari 'Last Stop'.. Actually bas ni tak hantar kita ke Bus Station, 'Last Stop' tu dekat depan LEE GARDEN HOTEL.. So, korg jalan je kaki sampai hujung jalan, then turn left terus nampak HADYAI STATION. If korg malas nak jalan then boleh ambik tut tut banyak depan hotel tu, 20 bath je per person 

Ktorg terus ke kaunter ticket sbb takut sold out. ktorg ambik ticket RAPID TRAIN pukul 3.25 PM which ETA in BANGKOK lebih kurang 9.30 pagi the next day





12/30/2015

#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | HATYAI


Selesai membeli tiket kereta api HATYAI ke BANGKOK, ktorg bergerak keluar terminal untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan bandar HATYAI ini. Kereta api dijangka bertolak pukul 3.25 petang, jadi ktorg masih mempunyai beberapa jam sebelum bertolak. Ktorg berjalan mencari gerai makanan untuk makan tengah hari di sini memandangkan HATYAI mempunyai banyak pilihan makanan yang halal


Jadi, ini ktorg punya lauk untuk tengah hari ni sebelum makan nasi kosong dan tempe untuk hari seterusnya kalau ktorg susah nak dapat makanan halal nanti. Kedai makan ni tak jauh dari HATYAI RAILWAY STATION ni, tapi aku terlupa pulak nama kedainya nak kongsi




Selesai makan, ktorg berjalan di sekitar PASAR HATYAI untuk melihat barangan yang dijual. Ktorg beli sedikit buah-buahan sebagai bekalan dalam kereta api nanti, buah-buahan di sini agak murah terutamanya buah delima. Kalau nak bandingkan harga buahan di BANGKOK, harga di HATYAI ini jauh lebih murah
















12/29/2015

#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | HATYAI - BANGKOK dengan KERETA API


Ktorg bergerak dari HATYAI ke BANGKOK dengan menggunakan kereta api. Kereta api ini akan bertolak dari HATYAI RAILWAY STATION dan tiba HUA LAMPHONG RAILWAY STATION di BANGKOK. Ktorg terus beli tiket kereta api petang ni, jadi ktorg akan bertolak lebih kurang pukul 3.25 petang dan ETA ke BANGKOK lebih kurang pukul 9.30 AM keesokkan harinya. Harga tiket RAPID TRAIN HATYAI BANGKOK ini ialah 1670 BAHT


atau


Kalau korg bercadang nak jalan-jalan ke SONGKLA atau ke HATYAI FLOATING MARKET, korg boleh ambik EXPRESS TRAIN pukul 6.45pm, dan ETA ke BANGKOK lebih kurang pukul 10 pagi keesokkan harinya. 

Kalau nak bandingkan antara RAPID TRAIN dan EXPRESS TRAIN, perbezaan keduanya macam LRT dan KLIA EXPRESS. Kalau korg tanya mana satu yang lebih preferable, baik ambik EXPRESS TRAIN sebab ktorg delayed lebih kurang 5 jam hari tu sebab kereta api ktorg lambat sampai. Siap EXPRESS TRAIN yang pukul 6.45 PM tu dah gerak pun ktorg masih menunggu dekat station 



Sementara menunggu RAPID TRAIN dari SG KOLOK tiba di HATYAI STATION ni, ktorg sempat mandi dan solat dulu di sini. Station ini juga dilengkapi dengan kemudahan tandas dan bilik mandi. Kalau nak mandi kena bayar 3 BATH


Selain itu, station ini juga menyediakan kemudahan locker room dengan harga 100 Bath dan ke atas mengikut timbangan berat. Jika korg hanya sekadar transit dan ingin berjalan di sekitar pekan HATYAI, korg boleh simpan barang korg di sini untuk sementara


Alhamdulillah,



Finally, train ktorg sampai jugak dalam pukul 7 lebih..



Rapid train ni hanya berhenti di HATYAI STATION untuk ambil passenger saje, kemudian terus gerak ke BANGKOK. Setiap kali train berhenti, penjaja-penjaja akan masuk ke dalam train untuk menjual makanan. Ktorg tadi dah tapau nasi kosong je dekat HATYAI, jadi makan malam ini hanya nasi kosong dengan sambal tempe bilis. Bila tengah mengembara, nikmat makan tak payah nak cakap la kan semua sedap. 


Ktorg masuk ke dalam gerabak dah pukul 7, jadi ktorg terus mintak pegawai yang bertugas untuk tukarkan kerusi kepada katil 



Setiap katil sudah disediakan dengan cadar, bantal dan juga sarung bantal.  bed sheet, pillow case dan jugak comforter. Suka dimaklumkan bahawa pada waktu malam train ni sangat lah sejuk ye,  jangan lupa prepare baju tebal / sweater


Setiap bed dan 'ruang bilik tidur' juga dilengkapi dengan curtain.. So, takda la orang yang lalu tu nampak kita tidur.. Setiap gerabak juga disediakan toilet dan shower untuk kemudahan korg just dalam train ni takda surau. Jadi ktorg solat duduk je dekat tilam tuh, ada la rasa gegaran sikit tapi okeh je. Siap je semua masing-masing terus tidur kepenatan menunggu train sepanjang hari






dan





Perjalanan dari HATYAI ke BANGKOK ini mengambil masa lebih kurang 15 jam




#MHTRAVELTIPS


Bagi yang ingin travel secara lebih jimat, korg boleh memilih untuk mengambil train atau bus pada waktu malam untuk mengurangkan kos penginapan. Selain itu, korg jugak dapat menjimatkan lebih banyak masa 




Alhamdulillahhh


Finally, ktorg sampai ke HUA LAMPHONG RAILWAY STATION pada pukul 12 tengah hari

and let explore BANGKOK CITY






12/28/2015

#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | BANGKOK


HELLO BANGKOK

Ktorg selamat tiba di HUA LAM PHONG STATION dari HATYAI selepas 15 jam perjalanan dengan menaiki kereta api. Sebaik tiba, ktorg terus ke STATION MRT (HUA LAMPHONG), iaitu di sebelah kiri pintu utama HUA LAM PHONG STATION ini



Destinasi ktorg yang seterusnya ialah ke STATION MRT (SUKHUMVIT) dan seterusnya berjalan kaki menuju ke hotel




SUKHUMVIT

Sepanjang berada di BANGKOK ini, ktorg menginap di THE MANHATTAN, SUKHUMVIT (thanks aunty and uncle for the stay). Kawasan ini agak stategik kerana terletak di tengah-tengah bandar serta berdekatan dengan MRT dan BTS. Ktorg hanya berjalan kaki setiap kali hendak bergerak ke mana-mana 

Antara tempat yang sempat ktorg jalan selama di  BANGKOK sebelum meneruskan perjalanan ke BEIJING




12/27/2015

#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | BANGKOK | DAMNEON SADUAK FLOATING MARKET



DAMEON SADUAK floating marketttt


Today, ktorg plan untuk ke  DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET yang terletak di daerah RATCHABURI iaitu di luar kawasan BANGKOK. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang dua jam dari kota BANGKOK. Even terdapat banyak floating market di THAILAND, pasar pagi DAMNEON SADUAK antara yang menjadi pilihan dan terkenal dikalangan tourist. Jika korg ke sini pada awal pagi, korg boleh terus ke MAEKLONG RAILWAY MARKET yang terletak tidak jauh daripada kawasan DAMNEON SADUAK ini. 



Pasar pagi DAMNEON SADUAK ini dibuka pada setiap pagi di mana waktu terbaik untuk menjejakkan kaki ke sini adalah pada pukul 8 - 10 pagi kerana pada waktu ini pasar akan dipenuhi dengan perahu-perahu yang membawa hasil jualan mereka.


Selain itu, korg juga boleh mencuba pengalaman membeli-belah di atas bot. Tetapi beware dengan scammer kerana harga ticket bot ini boleh mencecah sehingga RM100. Normaly, minivan akan hantar korg ke check point di mana mereka akan memaksa korg untuk mengambil pakej bot mereka dengan alasan tiada laluan lain untuk ke floating market. Actually, korg boleh je ambil tut-tut dan jarak check point dengan floating market hanyalah beberapa kilometer. 



Penjaja mendayung perahu mereka dengan membawa barangan jualan seperti makanan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran di sepanjang terusan ini. Tapi ktorg tak beli any food pun sebab takda nampak mana-mana perahu yang ada logo halal. Ktorg bawak bekal roti sardin je siap-siap dan makan di tepi tebing tu sambil menikmati kesesakan perahu-perahu yang sibuk berjual 


Selain itu, terdapat juga pelbagai gerai makanan dan survenior di sepanjang tebing 
sungai ini. Kalau korg nak beli sourvenior, better beli dekat CHATUCAK sebab lebih banyak pilihan dan murah





12/26/2015

#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | BANGKOK | MAEKLONG RAILWAY MARKET




Setelah meluangkan masa selama sejam lebih di DAMNEON SADUAK, ktorg bergerak ke MAEKLONG RAILWAY MARKET dengan menaiki songthaew, pasar MAEKLONG RAILWAY MARKET ini terletak tidak jauh dari pasar DAMNEON SADUAK


MAEKLONG RAILWAY MARKET ini juga dikenali sebagai salah satu market yang paling berbahaya di dunia kerana aktiviti jual beli di pasar ni dijalankan di sepanjang landasan kereta api yang masih berfungsi, aktiviti jualan akan dihentikan sebentar bagi memberi ruang kepada kereta api untuk melalui landasan, kemudian jual beli akan dijalankan seperi biasa




Selain itu, pasar MAEKLONG juga terkenal dengan untuk mendapatkan bekalan seafood yang masih fresh








Malangnya, sewaktu ktorg ke sini station kereta api ini di tutup untuk maintenance, jadi ktorg tak berpeluang lah nak tengok situasi sebelum dan selepas kereta api lalu di pasar MAEKLONG ni 



Ktorg bergerak keluar dari MAEKLONG RAIWAY MARKET dan menyeberang jalan ke MAEKLONG STATION sebelum bergerak balik ke BANGKOK

#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | BANGKOK | DAMNEON SADUAK FLOATING MARKET

Ktorg bercadang untuk menerok bahagian luar BANGKOK hari ini iaitu ke FLOATING MARKET di DAMNEON SADUAK. Apa yang menarik di DAMNEON SADUAK ini, ktorg nak tengok macam mana peniaga-peniaga berjual-beli di atas air atau jugak dikenali sebagai pasar terapung

So, macam mana nak pergi ke DAMNEON SADUAK dari BANGKOK ?



VICTORY MONUMENT

Ktorg bergerak dengan kereta api dari ASOK STATION (BTS) ke VICTORY MONUMENT STATION (BTS) dengan tiket berharga 37 BAHT seorang. Korg boleh je gerak dari mana-asalkan ke station VICTORY MONUMENT

Sebaik tiba di VICTORY MONUMENT STATION, keluar melalui EXIT di sebelah kanan (menghadap Victory Monument) untuk ke Mini Van Station, atau korg cari 7 Eleven sebab station mini van ni macam tersorok sikit dalam lorong


Ktorg beli ticket dekat kaunter ni dan harga ticket mini van ke DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET pula ialah 90 BAHT sorang


Mini Van 



DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET yang terletak di daerah RATCHABURI iaitu di luar kawasan BANGKOK. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang dua jam dari kota BANGKOK.Ktorg bertolak ke DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET tepat pukul 9 pagi. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ktorg berhenti sekejap  di R&R then teruskan perjalanan ke MAEKLONG yang terkenal dengan railway market dan destinasi seterusnya barulah ke DAMNEON SADUAK


welcome to DAMNEON SADUAK FLOATING MARKET

Apa yang korg perlu tahu ialah, mini van ini akan turunkan penumpang di station mini van mereka dan bukannya di hadapan floating market, diorg akan pujuk korg untuk ambil pakej bot untuk ke floating market dengan alasan that's the only way nak pergi ke pasar. Pakej bot ni boleh mencecah harga sehingga 2000 Baht per bot

Actually floating market ni tak jauh pun dari station mini van ni just 1 KM. So, korg turun je dekat station ni then terus ke main road. Kalau rajin boleh jalan kaki ke floating market, kalau malas pulak boleh naik SONGTHAEW. Harga ticket SONGTHAEW ni dalam 8-10 Baht je, nanti dia drop kita right in front of the floating market





Jadi, inilah dia DAMEON SADUAK FLOATING MARKET ye

Walaupun terdapat banyak pasar terapung lain di BANGKOK, pasar pagi DAMNEON SADUAK antara yang menjadi pilihan dan terkenal dikalangan pelancong. Jika korg ke sini pada awal pagi, korg boleh terus ke MAEKLONG RAILWAY MARKET yang terletak tidak jauh daripada kawasan DAMNEON SADUAK ini. 



Pasar pagi DAMNEON SADUAK ini dibuka pada setiap pagi di mana waktu terbaik untuk menjejakkan kaki ke sini adalah pada pukul 8 - 10 pagi kerana pada waktu ini pasar akan dipenuhi dengan perahu-perahu bersama hasil jualan mereka


Selain itu, korg juga boleh mencuba pengalaman membeli-belah di atas bot. Tetapi beware dengan scammer kerana harga ticket bot ini boleh mencecah sehingga RM100. Normaly, minivan akan hantar korg ke check point di mana mereka akan memaksa korg untuk mengambil pakej bot mereka dengan alasan tiada laluan lain untuk ke floating market. Actually, korg boleh je ambil tut-tut dan jarak check point dengan floating market hanyalah beberapa kilometer. 



Penjaja mendayung perahu mereka dengan membawa barangan jualan seperti makanan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran di sepanjang terusan ini. Tapi ktorg tak beli any food pun sebab takda nampak mana-mana perahu yang ada logo halal. Ktorg bawak bekal roti sardin je siap-siap dan makan di tepi tebing tu sambil menikmati kesesakan perahu-perahu yang sibuk berjual 


Selain itu, terdapat juga pelbagai gerai makanan dan survenior di sepanjang tebing 
sungai ini. Kalau korg nak beli sourvenior, better beli dekat CHATUCAK sebab lebih banyak pilihan dan murah



Ok, selepas ini ktorg nak bergerak ke MAEKLONG RAILWAY MARKET PULAK

12/25/2015

#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | BANGKOK | CHATUCHAK WEEKEND MARKET

So, camne kalau korg dari BANGKOK nak pergi ke PASAR CHATUCHAK ni kann?


ROUTE 1




Kalau korg nak ke CHATUCHAK MARKET market, firstly ambik MRT (underground train) ke KAMPHAENG PHET, the last station is Bang Sue tmana la tau tetiba lost tak pasti arah mana kan.. Train fee  dari SUKHUMVIT STATION ke KAMPHANG PHET STATION is 31 baht 





Bila sampai je dekat station KAMPHAENG PHET terus menghala ke EXIT 2 . Kalau tak jumpa EXIT 2 tu jugak, korg cari signage exit CHATUCHAK WEEKEND MARKET then naik je escalator


 


exit KAMPHANG PHET





Bila korg dah keluar je sini, depan korg tu terus entrance CHATUCAK MARKET 





CHATUCHAK MARKET




ROUTE 2





Selain turun di station KAMPHANG PHET, korg juga boleh pilih untuk turun di STATION CHATUCAK MARKET. Actually, kalau ikut kan route korg akan menghala ke 
STATION CHATUCAK MARKET terlebih dahulu and the next station is KAMPHANG PHET. Kalau korg turun di STATION CHATUCHAK MARKET ni, korg kena jalan jauh sikit untuk ke pasar. Just follow the crowd sebab memang ramai yang akan turun di station ni dan semua orang menghala ke CHATUCHAK. 


and 




Kalau malas nak jalan jauh follow ROUTE 1 macam ktorg okeh!




Aktiviti jalan-jalan di BANGKOK ini diteruskan lagi dengan menjejakkan kaki ke CHATUCHAK WEEKEND MARKET

Pasar ini menjadi tumpuan di kalangan penduduk thai dan tourist di THAILAND  kerana CHATUCHAK WEEKEND MARKET merupakan pasar terbesar di THAILAND dan terbesar di ASIA TENGGARA. Pasar ini memiliki lebih daripada 8000 gerai dan terbahagi kepada 27 bahagian 

Pasar ini hanya dibuka pada setiap hari SABTU dan AHAD bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang sahaja






Sebelum meneroka ke seluruh pelusuk pasar, korg boleh melihat JATUJAK MARKET MAP terlebih dahulu supaya korg tak sesat dan berpusing di kawasan yang sama sahaja sepanjang hari

Jom tengok apa je yang diorg jual dekat pasar ni


CLOTHING & ACCESSORIES









FOOD & BEVERAGE














THAI MASSAGES







HANDICRAFT ART











CERAMICS








SHOES







APA YANG KORG PERLU TAHU SEBELUM KE CHATUCHAK

So, kalau merancang untuk ke CHATUCHAK MARKET ini,ada beberapa perkara yang korg kena tahu


  • Pastikan korg ke sana awal pagi supaya dapat membeli-belah dengan selesa sebelum panas terik dan kesesakkan melampau juga akan berlaku menjelang tengah hari
  • Pastikan anda memakai pakaian yang menyerap peluh dan selesa sebab confirm berpeluh ketiak nak pusing semua gerai tu
  • Pastikan korg membawa sebotol air supaya kekal hydrate sepanjang hari
  • Pilih kasut yang sesuai supaya korg dapat berjalan dengan selesa, elakkan memakai heels





Sebelum korg beredar dari CHATUCHAK WEEKEND MARKET ini, juga lupa untuk wefie dekat depan ni okehh


JATUJAK WEEKEND MARKET CHECKED!