#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | BANGKOK | DAMNEON SADUAK FLOATING MARKET

Ktorg bercadang untuk menerok bahagian luar BANGKOK hari ini iaitu ke FLOATING MARKET di DAMNEON SADUAK. Apa yang menarik di DAMNEON SADUAK ini, ktorg nak tengok macam mana peniaga-peniaga berjual-beli di atas air atau jugak dikenali sebagai pasar terapung

So, macam mana nak pergi ke DAMNEON SADUAK dari BANGKOK ?



VICTORY MONUMENT

Ktorg bergerak dengan kereta api dari ASOK STATION (BTS) ke VICTORY MONUMENT STATION (BTS) dengan tiket berharga 37 BAHT seorang. Korg boleh je gerak dari mana-asalkan ke station VICTORY MONUMENT

Sebaik tiba di VICTORY MONUMENT STATION, keluar melalui EXIT di sebelah kanan (menghadap Victory Monument) untuk ke Mini Van Station, atau korg cari 7 Eleven sebab station mini van ni macam tersorok sikit dalam lorong


Ktorg beli ticket dekat kaunter ni dan harga ticket mini van ke DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET pula ialah 90 BAHT sorang


Mini Van 



DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET yang terletak di daerah RATCHABURI iaitu di luar kawasan BANGKOK. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang dua jam dari kota BANGKOK.Ktorg bertolak ke DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET tepat pukul 9 pagi. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ktorg berhenti sekejap  di R&R then teruskan perjalanan ke MAEKLONG yang terkenal dengan railway market dan destinasi seterusnya barulah ke DAMNEON SADUAK


welcome to DAMNEON SADUAK FLOATING MARKET

Apa yang korg perlu tahu ialah, mini van ini akan turunkan penumpang di station mini van mereka dan bukannya di hadapan floating market, diorg akan pujuk korg untuk ambil pakej bot untuk ke floating market dengan alasan that's the only way nak pergi ke pasar. Pakej bot ni boleh mencecah harga sehingga 2000 Baht per bot

Actually floating market ni tak jauh pun dari station mini van ni just 1 KM. So, korg turun je dekat station ni then terus ke main road. Kalau rajin boleh jalan kaki ke floating market, kalau malas pulak boleh naik SONGTHAEW. Harga ticket SONGTHAEW ni dalam 8-10 Baht je, nanti dia drop kita right in front of the floating market





Jadi, inilah dia DAMEON SADUAK FLOATING MARKET ye

Walaupun terdapat banyak pasar terapung lain di BANGKOK, pasar pagi DAMNEON SADUAK antara yang menjadi pilihan dan terkenal dikalangan pelancong. Jika korg ke sini pada awal pagi, korg boleh terus ke MAEKLONG RAILWAY MARKET yang terletak tidak jauh daripada kawasan DAMNEON SADUAK ini. 



Pasar pagi DAMNEON SADUAK ini dibuka pada setiap pagi di mana waktu terbaik untuk menjejakkan kaki ke sini adalah pada pukul 8 - 10 pagi kerana pada waktu ini pasar akan dipenuhi dengan perahu-perahu bersama hasil jualan mereka


Selain itu, korg juga boleh mencuba pengalaman membeli-belah di atas bot. Tetapi beware dengan scammer kerana harga ticket bot ini boleh mencecah sehingga RM100. Normaly, minivan akan hantar korg ke check point di mana mereka akan memaksa korg untuk mengambil pakej bot mereka dengan alasan tiada laluan lain untuk ke floating market. Actually, korg boleh je ambil tut-tut dan jarak check point dengan floating market hanyalah beberapa kilometer. 



Penjaja mendayung perahu mereka dengan membawa barangan jualan seperti makanan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran di sepanjang terusan ini. Tapi ktorg tak beli any food pun sebab takda nampak mana-mana perahu yang ada logo halal. Ktorg bawak bekal roti sardin je siap-siap dan makan di tepi tebing tu sambil menikmati kesesakan perahu-perahu yang sibuk berjual 


Selain itu, terdapat juga pelbagai gerai makanan dan survenior di sepanjang tebing 
sungai ini. Kalau korg nak beli sourvenior, better beli dekat CHATUCAK sebab lebih banyak pilihan dan murah



Ok, selepas ini ktorg nak bergerak ke MAEKLONG RAILWAY MARKET PULAK

Comments

Popular Posts