#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | BANGKOK | MAEKLONG RAILWAY MARKET
Setelah meluangkan masa selama sejam lebih di DAMNEON SADUAK, ktorg bergerak ke MAEKLONG RAILWAY MARKET dengan menaiki songthaew, pasar MAEKLONG RAILWAY MARKET ini terletak tidak jauh dari pasar DAMNEON SADUAK
MAEKLONG RAILWAY MARKET ini juga dikenali sebagai salah satu market yang paling berbahaya di dunia kerana aktiviti jual beli di pasar ni dijalankan di sepanjang landasan kereta api yang masih berfungsi, aktiviti jualan akan dihentikan sebentar bagi memberi ruang kepada kereta api untuk melalui landasan, kemudian jual beli akan dijalankan seperi biasa
Selain itu, pasar MAEKLONG juga terkenal dengan untuk mendapatkan bekalan seafood yang masih fresh
Malangnya, sewaktu ktorg ke sini station kereta api ini di tutup untuk maintenance, jadi ktorg tak berpeluang lah nak tengok situasi sebelum dan selepas kereta api lalu di pasar MAEKLONG ni
Ktorg bergerak keluar dari MAEKLONG RAIWAY MARKET dan menyeberang jalan ke MAEKLONG STATION sebelum bergerak balik ke BANGKOK
Comments
Post a Comment