#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | HATYAI - BANGKOK dengan KERETA API


Ktorg bergerak dari HATYAI ke BANGKOK dengan menggunakan kereta api. Kereta api ini akan bertolak dari HATYAI RAILWAY STATION dan tiba HUA LAMPHONG RAILWAY STATION di BANGKOK. Ktorg terus beli tiket kereta api petang ni, jadi ktorg akan bertolak lebih kurang pukul 3.25 petang dan ETA ke BANGKOK lebih kurang pukul 9.30 AM keesokkan harinya. Harga tiket RAPID TRAIN HATYAI BANGKOK ini ialah 1670 BAHT


atau


Kalau korg bercadang nak jalan-jalan ke SONGKLA atau ke HATYAI FLOATING MARKET, korg boleh ambik EXPRESS TRAIN pukul 6.45pm, dan ETA ke BANGKOK lebih kurang pukul 10 pagi keesokkan harinya. 

Kalau nak bandingkan antara RAPID TRAIN dan EXPRESS TRAIN, perbezaan keduanya macam LRT dan KLIA EXPRESS. Kalau korg tanya mana satu yang lebih preferable, baik ambik EXPRESS TRAIN sebab ktorg delayed lebih kurang 5 jam hari tu sebab kereta api ktorg lambat sampai. Siap EXPRESS TRAIN yang pukul 6.45 PM tu dah gerak pun ktorg masih menunggu dekat station 



Sementara menunggu RAPID TRAIN dari SG KOLOK tiba di HATYAI STATION ni, ktorg sempat mandi dan solat dulu di sini. Station ini juga dilengkapi dengan kemudahan tandas dan bilik mandi. Kalau nak mandi kena bayar 3 BATH


Selain itu, station ini juga menyediakan kemudahan locker room dengan harga 100 Bath dan ke atas mengikut timbangan berat. Jika korg hanya sekadar transit dan ingin berjalan di sekitar pekan HATYAI, korg boleh simpan barang korg di sini untuk sementara


Alhamdulillah,



Finally, train ktorg sampai jugak dalam pukul 7 lebih..



Rapid train ni hanya berhenti di HATYAI STATION untuk ambil passenger saje, kemudian terus gerak ke BANGKOK. Setiap kali train berhenti, penjaja-penjaja akan masuk ke dalam train untuk menjual makanan. Ktorg tadi dah tapau nasi kosong je dekat HATYAI, jadi makan malam ini hanya nasi kosong dengan sambal tempe bilis. Bila tengah mengembara, nikmat makan tak payah nak cakap la kan semua sedap. 


Ktorg masuk ke dalam gerabak dah pukul 7, jadi ktorg terus mintak pegawai yang bertugas untuk tukarkan kerusi kepada katil 



Setiap katil sudah disediakan dengan cadar, bantal dan juga sarung bantal.  bed sheet, pillow case dan jugak comforter. Suka dimaklumkan bahawa pada waktu malam train ni sangat lah sejuk ye,  jangan lupa prepare baju tebal / sweater


Setiap bed dan 'ruang bilik tidur' juga dilengkapi dengan curtain.. So, takda la orang yang lalu tu nampak kita tidur.. Setiap gerabak juga disediakan toilet dan shower untuk kemudahan korg just dalam train ni takda surau. Jadi ktorg solat duduk je dekat tilam tuh, ada la rasa gegaran sikit tapi okeh je. Siap je semua masing-masing terus tidur kepenatan menunggu train sepanjang hari






dan





Perjalanan dari HATYAI ke BANGKOK ini mengambil masa lebih kurang 15 jam




#MHTRAVELTIPS


Bagi yang ingin travel secara lebih jimat, korg boleh memilih untuk mengambil train atau bus pada waktu malam untuk mengurangkan kos penginapan. Selain itu, korg jugak dapat menjimatkan lebih banyak masa 




Alhamdulillahhh


Finally, ktorg sampai ke HUA LAMPHONG RAILWAY STATION pada pukul 12 tengah hari

and let explore BANGKOK CITY






Comments

Popular Posts