#KLBEIJINGOVERLAND | THAILAND | BANGKOK | DAMNEON SADUAK FLOATING MARKET



DAMEON SADUAK floating marketttt


Today, ktorg plan untuk ke  DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET yang terletak di daerah RATCHABURI iaitu di luar kawasan BANGKOK. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang dua jam dari kota BANGKOK. Even terdapat banyak floating market di THAILAND, pasar pagi DAMNEON SADUAK antara yang menjadi pilihan dan terkenal dikalangan tourist. Jika korg ke sini pada awal pagi, korg boleh terus ke MAEKLONG RAILWAY MARKET yang terletak tidak jauh daripada kawasan DAMNEON SADUAK ini. 



Pasar pagi DAMNEON SADUAK ini dibuka pada setiap pagi di mana waktu terbaik untuk menjejakkan kaki ke sini adalah pada pukul 8 - 10 pagi kerana pada waktu ini pasar akan dipenuhi dengan perahu-perahu yang membawa hasil jualan mereka.


Selain itu, korg juga boleh mencuba pengalaman membeli-belah di atas bot. Tetapi beware dengan scammer kerana harga ticket bot ini boleh mencecah sehingga RM100. Normaly, minivan akan hantar korg ke check point di mana mereka akan memaksa korg untuk mengambil pakej bot mereka dengan alasan tiada laluan lain untuk ke floating market. Actually, korg boleh je ambil tut-tut dan jarak check point dengan floating market hanyalah beberapa kilometer. 



Penjaja mendayung perahu mereka dengan membawa barangan jualan seperti makanan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran di sepanjang terusan ini. Tapi ktorg tak beli any food pun sebab takda nampak mana-mana perahu yang ada logo halal. Ktorg bawak bekal roti sardin je siap-siap dan makan di tepi tebing tu sambil menikmati kesesakan perahu-perahu yang sibuk berjual 


Selain itu, terdapat juga pelbagai gerai makanan dan survenior di sepanjang tebing 
sungai ini. Kalau korg nak beli sourvenior, better beli dekat CHATUCAK sebab lebih banyak pilihan dan murah





Comments

Popular Posts