#uhEXPLORETHAILAND | KRABI - BLISS RESORT KRABI REVIEW

Today teringin pulak nak review pasal sebuah resort dkt Krabi ni yang banyak dapat share di Facebookk.. Since ktorg pun baru je stay sana and apa I boleh cakap is RECOMMENDEDD
Ktorg just stayed here for one night sebab saje nak try banyak hotels and compare kan, tapi BLISS RESORT KRABI is one of the most excellent places we have stayed at lahh.



Tapi sebelum book hotel Bliss ni, I memang pernah la terbaca pasal muslim resort yang di share oleh siapa tak ingat.. Then time tu add je Facebook BLISS RESORT KRABI ni untuk future mana tau one day nak pergi sana kan.. 

Now ni, apa je yang boleh dibuat reference dekat facebook terus Ffr dan share bukan apa nanti senang nak baca balik bukan sebab nak dapat like ke apa.. Haha





Ok, jom kita tengok apa yang best tentang BLISS HOTEL ni..




LOKASI




BLISS RESORT KRABI is located dekat area KLONG MUANG BEACH which is 20 minutes from Pantai AO NANG.. Mostly people suka sewa hotel dekat area AO NANG ni sebab lebih happening dan banyak tempat makan. Tapi ktorg sewa je motor untuk ulang alik dari KLONG MUANG ke AO NANG.. Ktorg berempat so takda probs la kalau memalam tu nak merayau ke AO NANG sebab jalan dekat sini sunyi dan gelap jugak time malam. . Ohh, AO NANG tu kira kawasan pantai yang paling famous la dekat sini, KLONG MUANG BEACH  tu pulak pinggir kampung sikit.. 





BILIK




BLISS RESORT KRABI ada 13 bilk, bilk standard pun dah best wehh. Kalau bilik mewah sikit dapat la depan pantai gitew.. Pastu siapa nak bilik best sikit boleh ambik bilik yang view cun depan pantai gitew.. Harga pun affordable. Korg cari je dekat Agoda boleh dapat murahhh.. 



I nak tunjuk korang toilet dia je la.. Haha

Kalau nak tgk more details boleh tengok Facebook diorg sebab pic ni pun I pinjam sana




PRICE


Kalau dah tgk menarik apa pun mestilah nak kena consider price jugak kan.

So, the room rate here lebih kurang RM80 - RM180. Kalau dapat yang RM80 tu pun dah awesome dahh. Ok, tips mudah dan jimat sila buat booking awal thru AGODA.. Ktorg pun booking thru AGODA. Even dah last minute booking, tapi price dia masih affordable.



Hmm.. So tak pelik la kenapa Malaysian suka holiday dkt luar kan. 



Korang yang nak travel tu boleh la selalu usha AGODA mana tau luck dapat lagi murah dari ktorg kan sebab AGODA ni harga boleh menjunam teruk then tak sampai sejam naik pulak. Nangis je la menyesal tak beli awal.. So, kalau dah murah beli je laju-laju.





VIEW


BLISS RESORT KRABI memang betul-betul located depan pantai. Jadi, bangun pagi je tengok pantai. Then, korg pun boleh buat morning walk along the beach kalau korg jenis rajin bangun awal pagi.. Jejalan sambil take photo kann. I memang rajin habis bab bangun kalau semata nak kejar lighting.. Kalau da panas sangat tak seronok weh, mata sepet sepet.






BREAKFAST




So, morning breakfast by the beachh??
YESSS



Apa yang best, korang boleh breakfast sambil layan view pantai sebab diorg arrange semua kerusi dan meja dekat luar la kalau tak hujan 







Ini pulak menu sarapan pagi ktorg untuk hari ini. Bila dah stay muslim resort ni takda la was-was nak makan semua benda. Sarapan ktorg pagi ni nampak simple tapi rasa masakan dekat sini sangat sedap





Comments

Popular Posts