#KLBEIJINGOVERLAND | BANGKOK - LAOS dengan KERETA API

Setelah menghabiskan masa selama empat hari di BANGKOK, ktorg meneruskan lagi perjalanan BANGKOK-LAOS dengan menaiki train dari HUA LAMPHONG STATION menuju ke NONG KHAI STATION, iaitu station kereta api yang terletak di perbatasan THAILAND-LAOS. Kemudian, ktorg naik shuttle train dari NONG KHAI STATION ke THANALENG STATION, iaitu station yang terletak di perbatasan THAILAND dan merupakan pintu masuk ke LAOS melalui jalur kereta api

So, kalau dari BANGKOK tu korg kena gerak ke NONG KHAI dulu then THANALENG, baru boleh masuk ke LAOS



Pada pukul 8 malam, train bergerak dari HUA LAMPHONG STATION (BANGKOK) menuju ke NONG KHAI STATION (SEMPADAN THAILAND) dengan menaiki EXPRESS TRAIN 69. Ktorg pilih sleeper train (upper bed) supaya dapat berehat dengan lebih selesa  sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 jam ini. Manakala, harga tiket pula ialah 688 Baht seorang



Ktorg sampai di NONG KHAI STATION pada pukul 645 pagi, then terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket train ke THANALENG STATION. Harga tiket dari NONG KHAI STATION ke THANALANG STATION ialah 20 Baht


#TIPSELAKSCAM

Di kaunter tiket, korg terus je beli tiket train ke THANALENG STATION + tiket mini van ke CENTRAL VIENTIANE dengan harga 300 Baht, biasanya pegawai kaunter akan offer korg pakej and if korg in small group beli pakej ni siap-siap sebab di station THANALENG agak susah nak mencari public transport. Harga mini van pula boleh cecah sehingga 800 Baht, lepas negotiate ktorg dapat 600 Bath untuk satu van gara-gara tak beli pakej di station NONG KHAI



Settle beli tiket, terus gerak ke pos NONG KHAI IMIGRESION untuk cop pasport keluar dari negara THAILAND. Then, tunggu shuttle train untuk gerak ke THANALENG



EXPRESS TRAIN 916, THANALENG STATION



Perjalanan dari NONG KHAI STATION ke THANALENG STATION hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja menyeberangi SUNGAI MEKONG 


Jambatan yang dikenali sebagai THAI-LAO FRIENDSHIP-BRIDGE ini di gunakan untuk menyeberangi sempadan THAILAND-LAOS melalui SUNGAI MEKONG dengan menggunakan jalur kereta api




SUNGAI MEKONG


Sebaik sahaja tiba di THANALENG, ktorg ke kaunter IMIGRESEN CHECK IN (sebelah kanan) terlebih dahulu untuk isi form di kaunter. Then beratur di kaunter VISA ON ARRIVAL (sebelah kiri) pula untuk submit form dan cop pasport masuk ke negara LAOS. Selepas di cop, korg akan diberikan masa 30 hari untuk tinggal di LAOS

Once dah settle semua, ktorg terus ke hujung station kerana mini-mini van sudah tersedia menanti di situ, just tunjukkan tiket mini van yang dah siap dibeli di NONG KHAI STATION kepada pemandu dan pemandu akan menghantar korg ke CENTRAL VIENTIANE  



Mini van ini hantar ktorg ke SOUTHERN BUS STATION sebab ktorg nak ambil bas dari SOUNTHERN BUS STATION untuk ke HANOI dengan merentasi sempadan LAOS-VIETNAM

Comments

Popular Posts