#KLBEIJINGOVERLAND | VIETNAM | HANOI | MAKANAN HALAL DI HANOI
Halal food?
Jika korg stay di OLD QUARTER dan mencari makanan halal, korg boleh pergi ke MASJID AL-NOOR, HANOI. Bukan sahaja di HANOI, tetapi salah satu tips untuk mencari makanan halal di luar negara ialah korg try cari masjid sebab biasanya di kawasan masjid ini terdapat komuniti islam yang menjual pelbagai makanan halal di situ
Kalau tengok dekat wall pintu masuk ke masjid ini, diorg ada letak signage HALAL FOOD INSIDE
MASJID AL-NOOR, HANOI
Kalau nak ke restauran MS.ZAINAB ni, korg masuk menggunakan entrance masjid terlebih dahulu kemudian guna pintu kecil yang tedapat di sebelah kiri dalam kawasan masjid ini
Any notice diorg akan tulis dekat sini, kalau takda pape diorg memang bukak je sampai malam
Kedai HALAL FOOD ni actually macam dalam kawasan rumah la yang di renovate untuk di jadikan restauran, terdapat tiga meja makan yang boleh memuatkan dalam 12 orang bagi suatu masa
Comments
Post a Comment