#KLBEIJINGOVERLAND | VIETNAM | HANOI - OLD QUARTER
HANOI - HARI KEDUA
HANOI
VIETNAM merupakan negara ketiga yang ktorg jejaki sepanjang trip #KLBEIJINGOVERLAND ini. Ktorg selamat tiba di HANOI lebih kurang jam 7 malam melalui jalan darat merentasi sempadan LAOS - VIETNAM dengan menaiki bas
Semalam di HANOI, ktorg pilih untuk stay di kawasan OLD QUARTER atau juga dikenali sebagai lorong 36 kerana terdapat 36 lorong di kawasan ini. Manakala, setiap lorong pula dinamakan mengikut barang-barang jualan dalam bahasa VIETNAM. Kebanyakkan backpackers memilih kawasan ini kerana di sini terdapat pelbagai pilihan penginapan sama ada korg nak jenis dorminatories atau pun hotel-hotel bertaraf lima bintang
OLD QUATER
Pagi ini, ktorg berjalan-jalan di sekitar lorong-lorong yang terdapat di OLD QUARTER ini sementara menunggu kereta api ke NANNING bertolak pada malam ini
Sewaktu ktorg di HANOI, cuaca agak sejuk kerana pada bulan DEC hingga FEB, suhu di sini boleh mencecah antara 10 hingga 20 darjah celcius. Kedudukan HANOI di utara VIETNAM atau lebih hampir dengan CHINA menyebabkan suhu di sini jauh berbeza dengan wilayah VIETNAM yang lain. Jadi, jika korg ke HANOI pada akhir tahun, jangan lupa untuk membawa pakaian yang tebal
Kaum wanita di HANOI sangat rajin berniaga, hasil jualan dibawa dengan menggunakan basikal di lorong-lorong OLD QUARTER ini
Selain itu, ada juga yang menggunakan gandar untuk membawa barang-barang mereka. Sila berhati-hati kerana ada antara penjual ini yang meminta korg memegang kandar dan bergambar, lepas tu korg diminta untuk membayar kepada mereka
Selain itu, di setiap lorong juga terdapat pelbagai daerah ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan tetapi jika korg mencari halal food, pilihannya agak terhad kerana rata-rata masyarat VIETNAM di sini beragama Buddha, tapi pilihan untuk HALAL FOOD di HANOI ini tetap ada
Antara keunikkan yang terdapat di kota HANOI ini ialah kedia-kedai makan di sepanjang lorong ini menggunakan meja dan kerusi kecil yang di susun di tepi-tepi lorong sahaja untuk pelanggan menjamu selera
Sepanjang bulan DEC, lorong-lorong di sini begitu meriah dengan jualan pelbagai hiasan untuk pokok krisms
Kedai gunting di OLD QUARTER
Jangan terkejut kalau korg tengok jalan-jalan di HANOI ini sentiasa dipenuhi dengan motorsikal, terdapat lebih kurang 5 juta motorsikal di kota HANOI ini
LONG BIEN RAILWAY STATION
Seterusnya, ktorg berjalan ke LONG BEIN RAILWAY STATION pulak, kalau tak silap kereta api ini hanya digunakan bagi laluan tempatan dan mengangkut barangan
HANOI OPERA HOUSE
DONG XUAN MARKET
HOA LO PRISON
VIETNAM MUSEUM OF REVOLUTION
So, HANOI checked!
HANOI yang merupakan ibu negara VIETNAM dan juga bandar kedua terbesar selepas HO CHI MINH.
Comments
Post a Comment