#uhEXPLOREVIETNAM | SAPA - HANOI dengan BAS

Ktorg bertolak balik ke HANOI dengan menggunakan bas dari SAPA EXPRESS jugak. Jadi, memandangkan pejabat SAPA EXPRESS ini tidak terlalu jauh dengan hotel ktorg, ktorg hanya berjalan kaki sambil angkut semua backpack




Ktorg berkumpul di SAPA EXPRESS OFFICE sementara menunggu shuttle bus yang akan hantar ktorg ke station bas utama, ingatkan bas akan ambil ktorg dekat sini


Inilah stations bas utama yang dimaksudka tu. Actually, ktorg pun tak berapa pasti dengan lokasi station bas diorg ni. Bila dah sampai, bas masih berkunci dan driver belum ada. Bila di call, baru driver datang dan bukakkan pintu. Sejuk dekat luar ni bukan main lagi sebab angin pun kuat









Jadi, setelah semua penumpang menaiki bas, bas terus bertolak ke HANOI. Bila dah turun dari SAPA ni baru ktorg boleh nampak lereng-lereng bukit yang menghijau sebab waktu ktorg sampai tu dah malam. Tapi, bila siang hari naik bas turun ni rasa seram pulak tengok cara diorg memandu dekat sini, sebab tu ada yang pilih untuk naik train dari HANOI - SAPA sebab diorg berpendapat lebih selamat 
















Sepanjang perjalanan, bas berhenti jugak dekat RnR untuk rehat. Bila dah sejuk-sejuk macam ni semua ke WC lah, tapi kali ni makcik yang jaga WC ni garang betul. Dia siap jerit kuat-kuat lagi mintak bayar, padahal ktorg tengah cari duit kecik je pun. Dia punya tak sabar tu semua orang kena dimarahnya 😂













Sebaik saja sampai di HANOI, ktorg terus berjalan kaki ke PRAGUE HOSTEL. Selesai check-in, ktorg terus naik ke dorm untuk tengok bilik dan simpan backpack sebab nak kejar masa ke pasar malam di sepanjang jalan OLD QUARTER. Apa yang menarik, harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di kedai-kedai. Banyak benda menarik nak di beli, sempat jugak la beli beberapa barang uniqlo. Harga memang jauh lebih murah 


















Keesokkan harinya, ktorg berjalan di sekitar OLD QUARTER sambil mengimbau kenangan trip #KLBEIJINGOVERLAND 








Comments

Popular Posts