#uhEXPLOREVIETNAM | HANOI - NINH BINH dengan KERETA API

Jadi, malam ni ktorg akan bergerak ke NINH BIHN dengan menaiki kereta api di GA HANOI. Ktorg hanya berjalan kaki dari hostel ke GA HANOI sebab takda jauh sangat jarak keduanya. Kalau jalan kaki makan masa dalam 10-15 minit je cuma jadi lambat sikit sebab backpack berat dan tak boleh nak laju-laju


Nak hilangkan penat kita bergambar dulu depan GA HANOI ni

Ktorg masuk ke dalam untuk letak beg dan nak uruskan tiket untuk NIHN BIHN ke NHA TRANG. Korg kalau nak beli tiket train ni korg boleh beli dekat kaunter je terus, ktorg bayar guna USD sebab bila mintak diorg bagi fee dalam DONG dan USD, harga USD jauh lebih murah. Tapi kalau  korg travel musim cuti sekolah dan nak selamat boleh booking siap-siap melalui 12GOASIA tapi kalau tengok balik macam harga lebih mahal berbanding beli di kaunter






Selesai, ktorg naik ke ruang atas dan menunggu di bahagian menunggu. Kalau tak silap, GA HANOI ni ada dua bahagian, jadi korg kena check nombor gate korg dekat tiket. 






Ktorg masuk ke kawasan train, ada beberapa landasan jadi kena check betul-betul nombor landasan korg ye. 

















GA HANOI STATION








Menarik jugak kereta api HANOI - NIHN BIHN ni, laluan untuk keluar dari HANOI menyusuri kedai-kedai dan jalan utama di pusat bandar










Setelah 2 jam perjalanan, ktorg sampai di GA NINH BIHN dengan selamat. Cuaca masih sejuk dan ktorg hanya jalan kaki je ke HOSTEL. Kalau jalan kaki dalam 10 minit jugak tapi sebab malas nak kena scam memang baik korg jalan kaki je selagi boleh dekat VIETNAM ni
















Selesai check-in, masa untuk mandi, solat dan tidur sebab esok ktorg nak #EXPLORENINHBIHN pulak dengan menaiki motor


Comments

Popular Posts