#uhEXPLOREVIETNAM | VIETNAM | HO CHI MINH

HARI PERTAMA 


Ktorg sampai di HO CHI MINH pukul 5 pagi, bas hanya berhenti di tepi jalan dan ktorg turun di situ. Jadi, berpandukan google maps ktorg berjalan menuju ke LA HOSTEL  terlebih dahulu untuk menyimpan backpack dan barang-barang lain. Kemudian, ktorg ke MASJID AL-RAHIM untuk solat subuh di sana sebelum berjalan-jalan di sekitar bandar HO CHI MINH sementara menunggu waktu untuk check in



Selesai solat subuh, daddy berborak dengan imam masjid sementara menunggu ktorg (perempuan) solat. Jadi, imam mencadangkan ktorg supaya bersarapan di gerai-gerai yang terletak di perkarangan luar masjid sahaja sebab semua makanan di sini halal. ktorg memang ada perasan gerai-gerai di luar tadi sebelum masuk ke masjid , tetapi teragak-agak untuk singgah tadi apabila melihat kebanyakkan pelanggan terdiri darapada penduduk tempatan


Kalau korg perasan dekat pintu tu ada sorang makcik atau pun owner gerai, tapi yang masak tu pekerja dia. Makcik ni orang singapore tapi dah bertahun duduk sini sebab berkahwin dengan orang tempatan 













Menu dekat sini kalau pagi ada mee sup, korg boleh pilih nak bihun, mee kuning atau kuew teow sup. Nak sedap lagi korg order kopi dekat sebelah tu. Gerai ni diorg bukak setiap pagi kecuali hari Ahad. Kalau nak sarapan kena pergi awal pagi sebab diorg punya konsep kalau habis makanan terus tutup kedai




Kemudian, ktorg jalan-jalan sekitar bandar HO CHI MIN ni sementara nak check-in pukul 2 nanti. Ktorg lalu dekat




Kemudian, tak jauh dari cathedral ni terletak pejabat pos lama 






Next, ktorg ke MUZIUM PERANG pulak. Kalau korg peminat sejarah korg patut masuk dan tengok macam mana kekejaman tentera Amerika terhadap rakyat Vietnam semasa perang VIETNAM-AMERIKA















HARI KEDUA



HO CHI MIN | DELTA MEKONG




Kalau ke HO CHI MINH, antara tempat yang wajid korg pergi ialah DELTA MEKONG. Ktorg nak ke DELTA MEKONG hari ni dengan menggunakan BISMILLAH TOUR. Actually, ktorg memang takda ambik mana-mana tour sepanjang trip #EXPLOREVIETNAM ini, tapi jarak dan masalah pengangkutan awan untuk ke DELTA MEKONG ini menyebabkan ktorg takda pilihan. Kalau berdua, confirm ktorg naik motor je macam trip #EXPLORETRANSJAVA dulu




Pada pukul 7.30 pagi, ktorg tunggu shuttle van di depan hostel. Kalau ambik tour ni, diorg memang akan ambil dan hantar depan hotel. Jadi korg tak payah nak jalan jauh-jauh. Kemudian, shuttle van bawak ktorg ke kawasan menunggu bas. Ada ramai lagi pelancong lain yang naik bas bersama-sama ktorg. 



Perjalanan ke DELTA MEKONG ini mengambil masa 2 jam. Sepanjang perjalanan, ktorg nampak sawah padi yang menghijau dan melalui daerah kampung. Apa yang menarik, korg akan nampak banyak kubur-kubur di tengah-tengah sawah.







Comments

Popular Posts