#uhEXPLOREVIETNAM | HANOI - SAPA dengan BAS

HARI PERTAMA 


Ktorg terus berjalan kaki ke EXPRESS SAPA OFFICE sebab nak beli tiket ke SAPA hari ni jugak. Kalau ikutkan website, tiket bas untuk malam ni memang dah habis. Ktorg terus ke kaunter, hanya tiket limousine yang berharga 18 USD masih ada. Jadi ktorg bertolak awal ke SAPA dalam pukul 3 petang 




Selesai membeli tiket HANOI - SAPA, ktorg duduk di luar office sementara menunggu limousine. Kalau diikutkan, ktorg plan nak ambik bas pukul 10 malam sebab nak jalan-jalan sekitar HANOI dan tidur di dalam bas. Nampaknya, kena cari hotel jugak untuk malam ini sebab perjalanan ke SAPA ini hanya mengambil masa 5 jam sahaja


Limousine dah sampai, angkut bag masing-masing dan masukkan di bahagian simpanan



Ini pulak bahagian dalam limousine yang sangat selesa dan empuk bagi 5 jam perjalanan. Tapi ktorg lagi suka kalau naik sleeper bas sebab boleh luruskan kaki dan baring-baring


Kalau ada yang nak ke SAPA, korg boleh gunakan perkhidmatan EXPRESS SAPA. 

Kenapa EXPRESS SAPA ?

EXPRESS SAPA antara trusted companya yang menyediakan perkhidmatan bas HANOI - SAPA. Kalau korg nak cari company lain memang bersepah je tapi kalau korg nak tahu memang banyak kes bas jatuh dalam gaung sebab kecuaian pemandu especially bas malam. Korg naik bas malam confirm tidur, apa lagi driver pun tekan je la kan. Jalan dekat sapa tu memang gelap dan berliku

Macam mana nak booking bas EXPRESS SAPA ?

Korg boleh pilih untuk booking secara online di website EXPRESS SAPA tapi pastikan korg masuk ke website yang betul sebelum membuat pembayaran sebab banyak kes kena scam terklik ke pautan yang lain. Kalau memang dah ada tarikh, terus je buat tempahan awal sebab bila korg dah buat tempahan dan bayar belum tentu korg dan confirm dapat bas. Pihak EXPRESS SAPA akan emel balik dengan korg untuk confirmation, kalau tiket dah full korg akan dapat emel jugak dan boleh request untuk refund



Ini pulak salah satu pemandangan sepanjang perjalanan ke SAPA


Bila dah separuh perjalanan tu, bas berhenti dekat satu perhentian lebih kurang macam R&R kita di MALAYSIA



Diorg jual jajan macam ni je, semua letak dekat atas meja dan aku syak diorg pun duduk atas meja sekali macam dekat PASAR SITI KHADIJAH, KELANTAN tu


Kalau nak ke tandas pulak, tandas ada dekat bangunan sebelah tapi berbayar. Kalau dekat VIETNAM ni, semua tandas biasanya berbayar, jarang jumpa yang free. Diorg sini sebut tandas WC, jadi kalau nak cari tandas sebut je WC terus diorg tunjukkan dekat mana. 


Ktorg sambung lagi perjalanan, baru pukul 5.57 petang tapi dah gelap macam pukul 8 malam. Kemudian, bas berhenti lagi sekali dekat sebuah kedai makan, tapi ktorg takda makan pun sebab semua tak halal. Ktorg saje tengok menu yang ada je sementara tunggu diorg makan. Bila bas dah gerak tu, rupanya kedai makan tu dah dekat kawasan kaki bukit SAPA, saja dia nak singgah dulu la ni



Finally, ktorg sampai dekat SAPA ni. Bas SAPA EXPRESS berhenti dekat diorg punya office. So, lepas ni ktorg kena jalan ke SAPA HOSTEL. Tapi turun je bas, terus terasa sejuk menggigil, memasing semua mencari jaket. Ktorg lalu depan dataran, suasana malam dekat sana ni boleh tahan happening. Kita jeling-jeling je malam ni, malam esok baru kita pusing explore pekan SAPA ni




Comments

Popular Posts