#uhEXPLOREVIETNAM | KLIA AIRPORT - NOI BA AIRPPORT VIETNAM

HARI PERTAMA



Ktorg mendarat di NOI BA INTERNATIONAL AIRPORT lebih kurang jam 12 tengah hari. Penerbangan dari KUALA LUMPUR KE HANOI ini mengambil masa selama 3 jam. Sebaik keluar dari pesawat, ktorg terus menuju ke kaunter imigresen untuk cop pasport dan tidak ada sebarang visa on arrival diperlukan. Selesai, ktorg terus turun ke bawah untuk ke kauter lugage dan mengambil backpack 



Ktorg kena tunggu lama sikit, backpack keluar lambat 



Destinasi seterusnya ialah ke OLD QUARTER untuk menempah tiket bas ke SAPA. Sebaik keluar dari terminal, ktorg terus ke kiri untuk menunggu BAS 86 yang terletak di pintu 2. Ktorg bernasib baik, bas memang sudah tersedia di situ menunggu para pelancong, jadi tidak perlu menunggu lama



Selain bas, korg jugak boleh ambil GRAB atau teksi sebagai alternatif untuk ke OLD QUARTER. Ktorg naik bas 86 ni sebab paling menjimatkan dan nak elak daripada terkena scam. 



Perjalanan dari NOI BA AIRPORT ke OLD QUARTER mengambil masa sejam dan bas ini dilengkapi dengan kemudahan wifi secara percuma



Harga tiket dari NOI BA AIRPORT ke OLD QUARTER hanya 35000 VND sahaja, sangat jimat untuk 6 orang penumpangkan?


Sejam perjalanan, ktorg menikmati kota HANOI melihat keunikkan budaya masyarakat VIETNAM dari tingkap bas. Kemudian, ktorg turun di OLD QUARTER dan berjalan kaki ke SAPA OFFICE untuk membeli tiket bas ke SAPA

Comments

Popular Posts