#uhEXPLORELABUAN | LABUAN


SEMPORNA 

HARI PERTAMA

Setelah 10 jam perjalanan dari Semporna, ktorg telah selamat sampai di Kuala Penyu sebelum meneruskan perjalan ke LABUAN pada keesokkan harinya. Ktorg sepatutnya konvoi tiga kereta tapi memandangkan ada sedikit urusan di sekolah, ktorg gerak dalam pukul 8.30 pagi melalui jalan Kalabakan atau jalan belakang untuk menghala ke barat sabah kerana lebih dekat dan menjimatkan masa. Selepas makan malam, ktorg terus check ini di .. yang terletak berhadapan PANTAI 

KUALA PENYU

HARI KEDUA



Selesai subuh, ktorg terus bersiap sebab nak kena sampai awal di terminal feri tapi sebelum itu kita singgah di Petronas Kuala Penyu dulu ye


Kemudian, ktorg memandu di sepanjang pantai kuala penyu sebelum menghala ke TERMINAL FERI MENUMBOK, cantik tapi macam terbiar sikit. Sayang, kalau dimajukan mesti boleh tarik ramai lagi pelancong


Ktorg sampai di TERMINAL FERI MENUMBOK dalam pukul 7 pagi, masih awal dan kaunter tiket juga belum dibuka. Jadi, ktorg sarapan dulu dekat kedai makan di bahagian luar terminal sementara menunggu kaunter tiket bukak untuk membeli tiket penumpang. Ktorg  hanya beratur untuk beli tiket untuk penumpang kerana tiket kereta sudah dibeli siap-siap dengan bantuan seorang kawan gara-gara risau feri penuh memandangkan musim cuti persekolahan



Ktorg beratur untuk beli tiket ni makan masa dalam setengah jam jugak, walhal takda  la ramai sangat orang beratur


Selesai membeli tiket, ktorg terus beratur untuk masuk ke dalam feri


Susunan kereta akan ditentukan oleh pegawai bertugas bukan main pilih je nak parking  barisan mana korg suka ya


Dah siap parking kereta ikut barisan, ktorg naik ke atas untuk duduk. Kalau korg nak duduk dalam kereta pun boleh tapi kena hidupkan enjin kalau tak nak kepanasan


Ktorg sempat berjalan-jalan di sekeliling feri sebelum masuk ke ruang duduk






LABUAN

HARI KEDUA

Setelah sejam berlayar, ktorg sampai ke Terminal Labuan. Sebaik keluar dari feri, destinasi pertama ktorg ialah ke Muzium Chimney


MUZIUM CHIMNEY ini merupakan hasil daripada kesan tinggalan aktiviti perlombongan batu arang yang dijalankan pada sekitar tahun 1947 - 1911. Kemudian, pada tahun 1999 MUZIUM CHIMNEY ini didirikan semula di atas tapak lombong ini untuk dijadikan sebuah muzium


Muzium ini terbahagi kepada dua komponen utama iaitu PUSAT INFORMASI CHIMNEY dan juga MENARA CHIMNEY. Ktorg masuk ke bahagian PUSAT INFORMASI CHIMNEY terlebih dahulu di bangunan belakang ini untuk melihat sejarah tinggalan pusat perlombongan pada suatu masa dahulu. Korg dapat melihat sendiri hasil-hasil artifak yang dijumpai di tapak perlombongan. Selain itu, pelbagai alatan perlombongan yang digunakan pada masa dulu juga turut dipamerkan disini



Kemudian, ktorg ke bahagian MENARA CHIMNEY yang terletak di sebelah kiri PUSAT INFORMASI CHIMNEY pula untuk melihat monumen menara yang setinggi 32.5m ini. Menara ini dikenali sebagai 'punil' oleh masyarakat tempatan. Walaubagaimana pun, fungsi sebenar menara ini masih belum diketahui dan terdapat beberapa andaian tentang fungsi sebenar menara ini. Antaranya, mungkin sebuah serombong asap dan ada juga yang mengatakan menara ini digunakan sebagai menara loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal memandangkan kedudukannya yang terletak di tanah berbukit




Kemudian, ktorg ke TAMAN BURUNG pula yang terletak tidak jauh dari MENARA CHIMNEY LABUAN ini. ktorg membeli tiket masuk terlebih dahulu yang berharga RM3 (dewasa), manakala kanak-kanak bawah 6 tahun pula adalah percuma








TAMAN BURUNG LABUAN ini mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar yang menjadi rumah bagi kebanyakkan spesies burung-burung borneo










percuma bagi kanak-kanak. Taman ini dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat 





















Comments

Popular Posts